keraksusupadalidahbayi

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

keraksusupadalidahbayi

Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Ketahui Cara Membersihkannya

Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Ketahui Cara Membersihkannya Ibu-ibu pasti perasan lidah bayi akan meninggalkan kesan putih selepas menyusu! Ianya terjadi kerana sisa-sisa susu yang sepatutnya kita bersihkan. Kalau dibiarkan, mulut bayi anda akan berkerak putih dan akan meninggalkan bau masam. Ia akan mengudang jangkitan kulat yang dikenali sebagai candida albicans. Kami akan kongsikan cara untuk membersihkan lidah bayi anda. Sediakan peralatan secukupnya – Sediakan peralatan seperti berus gigi khusus untuk bayi atau boleh juga menggunakan kain lampin bayi yang bersih. Sediakan juga sedikit air bersih. Pastikan ibu menunggu lebih kurang 30 minit selepas bayi menyusu untuk mengelakkan bayi muntah susu. Bersihkan lidah bayi – Pangku bayi anda dengan posisi duduk yang selesa. Kemudian, masukkan jari yang dibaluti kain lampin tadi ke dalam mulut bayi yang mempunyai bekas sisa susu. – Tekan lembut lidah bayi, Tarik kearah luar secara perlahan-lahan. Ulangi Langkah ini beberapa kali. Kalau bayi masih belum biasa dan nampak tidak selesa, jangan terburu-buru melakukanya. Beri masa kepada bayi supaya mereka tidak mengangis. Boleh juga bercakap dengan bayi pada masa ini. Jangan masukkan jari terlalu dalam kerana bayi boleh termuntah. Bersihkan gigi bayi – Jika bayi sudah mempunyai gigi, ibu seharusnya membersihkan giginya. Gantikan kain tadi dengan kain yang baru atau bahagian yang masih bersih, bersihkan gigi bayi secara perlahan-lahan.  Mulakan dari bahagian luar kemudian bahagian atas diikuti dengan bahagian belakang. Bersihkan gusi bayi – Seterusnya, bersihkan pula gusi bayi. Caranya sama seperti membersihkan lidah. Kemudian, berikan sapuan ringan pada bahagian atas lelangit bayi. Ulangi rutin membersih setiap hari – Mulut bayi mungkin tidak akan terus bersih dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi ini tetapi ia seharusnya dijadikan rutin setiap hari supaya mulut bayi anda tidak meninggalkan kesan putih lagi. – Selain itu, ibu-ibu perlu diingatkan supaya tidak terlalu memaksa nanti bayi anda akan mogok untuk buka mulut.

Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Bagaimana Cara Mencegahnya?

Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Bagaimana Cara Mencegahnya? Kandidiasis mulut adalah jangkitan biasa pada bayi, tetapi anda boleh mencegahnya dengan: Penjagaan botol susu dan puting Sekiranya anda memberi susu formula kepada bayi atau puting kosong, bersihkan puting dengan air panas selepas setiap penggunaan. Dengan cara itu, jika ada yis pada puting botol atau puting kosong, bayi anda tidak akan dijangkiti semula. Simpan susu dan botol di dalam peti sejuk untuk mencegah pembiakan yis. Ubat salap antikulat Jika anda melakukan penyusuan eksklusif dan puting berasa sakit serta berwarna merah, ia mungkin petanda jangkitan yis pada puting. Ia boleh berlaku penularan bolak-balik antara anda dan si kecil. Lakukan pemeriksaan doktor. Anda mungkin diberikan ubat sapuan antikulat untuk diletakkan pada puting.

Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Ketahui Punca Di Sebaliknya!!!

Kerak Susu Pada Lidah Bayi? Ketahui Punca Di Sebaliknya!!! Perasan tak tompok putih pada lidah si kecil? Itu mungkin kandidiasis mulut yang berpunca daripada jangkitan kulat. Ibu-ibu jangan biarkan mulut bayi berkerak putih!!! Ketahui punca dan simptom jangkitan kulat pada mulut bayi. Kandidiasis mulut (jangkitan kulat) berlaku disebabkan pertumbuhan yis yang dikenali sebagai Candida albicans secara berlebihan. Sememangnya dalam keadaan biasa, kebanyakan individu termasuk bayi, secara semula jadi akan mempunyai kulat ini dalam jumlah yang kecil dan dianggap sebagai pertumbuhan normal. Ia akan berada pada bahagian mulut, pencernaan dan kulit serta dikawal oleh sistem imun sihat dan bakteria baik di dalam tubuh. Ada kalanya, masalah sistem imun yang lemah disebabkan penyakit atau pengambilan ubatan tertentu seperti kortikosteroid atau antibiotik boleh mengganggu keseimbangannya. Ini boleh menyebabkan kulat membiak di luar kawalan. Itulah puncanya jangkitan kulat terjadi. Selain itu, tahap daya ketahanan tubuh bayi yang masih tidak berkembang sepenuhnya, turut boleh mengakibatkan berlakunya jangkitan. ***Punca jangkitan lain yang membuatkan mulut bayi putih Pertumbuhan kulat Candida yang berlebihan juga boleh mengakibatkan wujudnya masalah ruam lampin dan jangkitan yis faraj. Bayi mempunyai risiko untuk mengalami kandidiasis mulut dan ruam lampin dalam masa yang sama. Tekanan juga boleh menjadi punca kepada jangkitan ini. Bahkan, beberapa masalah kesihatan seperti diabetes tidak terkawal, jangkitan HIV dan kanser turut boleh menjadi puncanya. Sekiranya anda seorang perokok atau memakai gigi palsu yang tidak sesuai dengan keadaan mulut, ia juga boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalami jangkitan kulat ini. *** Bayi juga boleh menyebarkan jangkitan kepada ibu mereka ketika sesi penyusuan badan!!! SIMPTOM KERAK SUSU PADA MULUT BAYI Jangkitan yang kerap berlaku kepada bayi di bawah usia 6 bulan ini boleh dikenal pasti dengan wujudnya tompok-tompok putih. Pun begitu, bagi sesetengah bayi, tompokan putih itu mungkin kerana sisa susu yang tertinggal pada lidah setelah sesi penyusuan, membuatkan mulut bayi putih. Tetapi umumnya, ia akan larut dalam tempoh masa 1 jam. Bayi dengan kandidiasis mulut akan mengalami kulit merekah pada bahagian tepi mulut atau tompokan putih di bibir, lidah, atau dalam pipi yang kelihatan seperti keju kotej dan tidak boleh dilap (disingkirkan).

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice