Apa Itu Botol Susu BPA FREE? Apa Itu Bpa Free?
Apa itu Bisphenol A (BPA) ? BPA merupakan bahan kimia industry yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat. Oleh itu, elakkan dari pendedahan Bishenol A (BPA) dalam botol susu. Apakah kesan BPA kepada kesihatan manusia? BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil keputusan mengharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak2. Dalam tempoh 1 tahun ini, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu polikarbonat, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurankan risiko pendedahan kepada BPA. Panduan Penggunaan Kenal pasti Botol Susu Bayi Polikarbonat. Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastic yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut: Nombor 7 Nombor 7 dan PC iii. Nombor 7 dan ‘other’ P/S : Botol Susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan BPA free atau Bebas BPA Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat Nyahkuman botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. Gunakan peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan. Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan pengunaan botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternative botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene(PP), Polyethersulfone(PES), polyamides(PA),kaca dan lain-lain. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”.