lactation

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

lactation

MEMBELI PAM SUSU TERPAKAI

BELI PAM SUSU TERPAKAI? KETAHUI RISIKONYA!!!

BELI PAM SUSU TERPAKAI? KETAHUI RISIKONYA!!! Kadangkala, ibu yang membeli pam tidak serasi dengan sesuatu jenama ataupun mahu membeli pam yang lain serta mahu menjual pam yang sedang digunakan. Ramai ibu yang bertanya, bolehkkah membeli pam terpakai? Antara risiko membeli pam terpakai ialah : #1 Risiko jangkitan kuman daripada seorang pengguna kepada pengguna yang lain. *Bukan semua bahagian pam dapat dicuci ataupun steril. *Kebanyakan pam tidak direka dengan mekanisme mengelakkan susu yang diperah termasuk ke dalam motor melalui tiub sambungannya. *Ada kemungkinan susu dari tiub termasuk ke dalam motor dan mencemari pam itu. #2 Risiko membeli pam tidak berkualiti dan tidak sesuai. *Risiko lebih tinggi sekiranya ibu membeli secara atas talian (online). *Sukar bagi ibu mengetahui berapa lama ia sudah digunakan dan sekiranya tidak bernasib baik, ibu mungkin kerugian kerana membeli pam yang rosak. Food Drug Administration (FDA) di Amerika tidak menggalakkan penggunaan pam terpakai ataupun berkongsi pam antara dua ataupun lebih pengguna. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan. Ia adalah pandangan yang tepat dan ideal ( walaupun tiada undang-undang yang mengawalnya). Sebaiknya ibu mengumpul wang dan membeli pam susu yang baru. Walau bagaimanapun, dunia selalunya tidak ideal. Ada ibu yang tidak mampu membeli pam yang berkualiti dengan harga yang mahal dan pam yang murah pula tidak berkualiti. Ibu pula mempunyai kawan ataupun saudara yang dapat dipercayai dan bebas daripada sebarang penyakit, serta mahu menjual pamnya dengan harga yang berpatutan. Ini terpulang kepada penilaian dan pengamatan ibu sendiri. Kita sendiri lebih mengetahuinya dan buatlah keputusan yang terbaik selepas meneliti segala aspek. P/S : Sekiranya mommy membuat keputusan mahu membeli pam terpakai, ibu disarankan supaya membeli botol, tiub, dan corong baru. Walau bagaimanapun, ia tidak mengurangkan risiko jangkitan antara pengguna. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP

MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU DENGAN MER (MILK EJECTION REFLEX)!!!

MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU DENGAN MER (MILK EJECTION REFLEX)!!! Apabila memerah susu, tiada rangsangan secara langsung daripada bayi. Situasi ini ada kalanya dapat menjejaskan MER. Banyak cara dapat dicuba oleh ibu bagi mendapatkan MER yang berkesan semasa memerah. MER dapat dirangsang secara fizikal dan psikologi. Gabungan kedua-dua kaedah ini berkesan bagi mendapatkan MER. Antara langkah-langkah mendapatkan MER adalah : #1 Pastikan ibu selesa dan jauh daripada sebarang perkara yang membantutkan fokus ibu memerah susu. * Pengalaman ibu yang memerah susu mengatakan MER mereka senang diperoleh sekiranya mereka memerah ditempat yang sama setiap kali. * Persekitaran yang biasa dengan ibu membantunya supaya lebih tenang. * Rutin yang sama setiap kali juga kadangkala dapat membantu. Seorang ibu dalam buku The Milk Memo tulisan Cate Colbourn Smith dan Andrea Serreta menceritakan bagaimana susunya mula keluar sebaik sahaja mendengar zip beg alatan memerahnya mula dibuka. #2 Padam telefon bimbit ataupun kunci pintu bagi mendapat ketenangan dan privasi. * Segala keperluan seperti bantal, makanan ringan dan minuman, buku ataupun komputer diletakkan berdekatan supaya senang ibu mencapainya semasa sesi memerah. #3 Tekapkan tuala basah dan urut payudara bagi ‘mengejutkannya’ supaya ‘bekerja’. Ibu juga dapat menggentel puting susu bagi lebih merangsang MER dengan cepat. * Kirsten Berggren, penulis buku Working Without Weaning berkongsi pengalaman bagaimana dia menggambarkan lori terbalik dan limpahan susu memenuhi jalan raya. Ia membantunya merangsang MER. #4 Tarik nafas dan cuba bayangkan kita berada di tempat yang nyaman dan tenang. Sedikit imaginasi diperlukan bagi menggambarkan sesuatu tempat seperti di tepi laut, air terjun ataupun sungai yang mengalir tenang. * Bagi yang beragama islam, bacaan ayat suci Al-Quran daripada qari terkenal dapat dipasang bagi memberi ketenangan. #5 Latar belakang yang menenangkan dapat diperoleh dengan memasang muzik latar yang disukai ataupun memperdengarkan bunyi-bunyian alam. * Ada ibu yang membawa gambar bayi ke tempat kerja. Dengan teknologi canggih dewasa ini, video, suara dan gambar anak dapat dirakam menggunakan telefon bimbit dan ia dapat dipasang bila-bila masa sahaja. * Sesetengah ibu pula berasa terangsang apabila dapat mencium bau dari baju ataupun selimut anaknya. * Namun begitu, ada ibu yang terlalu sedih kerana berjauhan dengan anaknya dan berasa lebih tertekan apabila melihat sebarang benda yang berkaitan dengan bayinya. Terpulanglah kepada ibu memilih yang mana satu lebih sesuai bagi merangsang MER. #6 Urutan belakang badan. * Sekiranya berada di rumah, suami ataupun ahli keluarga yang lain dapat membantu melakukannya. * Ibu menelungkup di belakang kerusi ataupun di tepi meja. * Pengurut menggunakan ibu jari di kedua-dua bahagian tepi tulang belakang (bukan di atas tulang belakang). * Urut dalam bentuk bulatan setempat menggunakan ibu jari dalam beberapa saat. * Ulang urutan yang sama hingga ke paras pinggang. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP

4 PERMASALAHAN PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP BERLAKU

Article oleh : Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Runding Pediatrik & Penasihat Penyusuan Susu Ibu Ramai pakar-pakar bersetuju bahawa susu ibu adalah sangat berkhasiat dan juga merupakan antibiotic semula jadi yang mampu membantu bayi melawan pelbagai jenis jangkitan. Penyusuan susu ibu juga seharusnya memberi kepuasan dan ketenangan kepada kedua-dua ibu dan juga bayi. Namun, semasa menyusukan bayi, beberapa kesulitan mungkin timbul yang boleh melemahkan semangat ibu-ibu untuk terus menyusukan anak mereka. Berikut adalah beberapa soalan lazim oleh kebanyakan ibu-ibu baru: #1 Memang patutkah puting saya terasa sakit dan kering semasa atau selepas menyusukan bayi? TIDAK ! Kebanyakan pakar bersetuju bahawa sebarang kesakitan atau rekahan pada putting adalah disebabkan oleh kedudukan bayi yang tidak betul semasa menyusu dan kegunaan produk kebersihan (sabun, krim, dll), pada payudara sebelum, semasa atau selepas menyusu. Pelekapan dan kedudukan adalah penting, Pastikan pelekapan adalah betul dan gunakan jari anda untuk memberhentikan penghisapan. Mommy juga boleh sapukan lanolin selepas menyusu kerana ia memberi perlindungan dan penjagaan pada kulit anda sambil mencegah putting daripada menjadi terlalu kering. Anda juga boleh sapukan susu anda di sekeliling putting selepas menyusukan bayi. Paling menakjubkan, susu ibu juga adalah pelembab yang sangat berkesan. Semasa meyusukan bayi, anda juga boleh bergilir-gilir di antara kedua-dua putting dan biarkan ia dianginkan sehingga kering di antara penyusuan. Mengalami putting sakit beberapa hari pertama selepas kelahiran adalah normal. Penyusuan akan menjadi lebih mudah apabila tubuh anda mula menyesuaikan diri. #2 Saya memahami bahawa pada masa ini tubuh saya sedang menghasilkan susu dan meyebabkan payudara saya membesar. Tetapi mengapakah ia terasa keras, sakit dan bengkak? Payudara yang penuh dengan susu berkhasiat untuk bayi anda adalah sesuatu yang semula jadi dan sihat. Walau bagaimanapun, jika tidak dikosongkan dengan kerap, saluran darah di payudara menjadi sesak, dan seterusnya memerangkap cecair di dalam tisu payudara dan menyebabkan kebengkakan. Jika kebengkakan dibiarkan berterusan, puting akan menjadi leper dan merumitkan pelekapan serta boleh menyebabkan payudara menjadi lebih sakit. Kebengkakan biasanya berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas kelahiran. Kerap menyusukan bayi anda dari semasa ke semasa atau bila-bila masa anak anda lapar serta elak daripada melangkau waktu penyusuan. Anda juga boleh memerah susu secara manual atau menggunakan pam. Anda juga boleh meredakan kesakitan dengan mengurut sambil mengalirkan air suam ke atas payudara. Pada masa yang sama, anda juga boleh mencegah duktus tersumbat dengan teknik yang sama. #3 Sebelah payudara saya terasa sakit, sengal, panas dan sakit apabila disentuh, selalunya diikuti dengan demam, bolehkah saya terus menyusukan bayi atau haruskah saya tunggu sehingga pulih daripada demam sebelum menyusu semula? Simptom-simptom yang digambarkan adalah sama seperti payudara ibu yang dijangkiti bakteria. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai Mastitis atau jangkitan payudara. Payudara mungkin terasa bengkak, sebelah payudara terasa semakin panas dan kesakitan bertambah. Simptom-simptomnya sama seperti simptom kebengkatan atau duktus tersumbat dan selalunya diburukkan lagi oleh stress dan atau keletihan. Mastitis boleh dicegah dengan meneruskan penyusuan susu ibu atau memerah susu secara tetap. Jika anda dijangkiti, jangan berhenti menyusukan bayi. Susu  anda tidak dijangkiti dan oleh yang demikian tidak menjejaskan anak anda. Jangan tunggu sehingga demam anda reda, anda harus berjumpa dengan pakar pediatrik/ pakar pengurusan laktasi untuk rawatan lanjut. #4 Bolehkah saya menyusukan bayi saya jika saya mendapat jangkitan kulat? Boleh, walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk berjumpa doctor bagi rawatan segera untuk anda dan juga bayi. Jangkitan kulat di puting atau “seriawan” biasanya disebabkan oleh peningkatan bakteria Candida di sekeliling puting anda. Jika anda dijangkiti, pastikan anda membersihkan dengan sempurna kesemua barangan anda samada yang disentuh oleh anda atau bayi anda. Adalah mencukupi dengan merendamkan barangan di dalam air panas. Satu lagi tip berguna adalah kerap menukar lapik penyusuan (“nursing pad”) dan pastikan puting anda sentiasa dalam keadaan kering. Oleh itu, jika kerap kali mommy terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah ini serta masalah peribadi yang ain secara bersendirian dan ini menambahkan lagi tekanan. Justeru itu, para suami, pasangan dan ahli keluarga terdekat yang lain harus memainkan peranan dalam memberi sokongan emosi, psikologi dan fizikal yang amat diperlukan. Mempelajari teknik penyusuan susu ibu yang betul juga boleh membantu mengasah kemahiran keibuan anda. Kumpulan sokongan, pakar-pakar pediatrik, laktasi, keibuan serta keluarga dan rakan-rakan boleh membantu anda mengatasi halangan-halangan penyusuan. Dapatkan bantuan dengan segera jika anda menghadapi mana-mana satu daripada masalah yang disebut. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice