BELI PAM SUSU TERPAKAI? KETAHUI RISIKONYA!!!
BELI PAM SUSU TERPAKAI? KETAHUI RISIKONYA!!! Kadangkala, ibu yang membeli pam tidak serasi dengan sesuatu jenama ataupun mahu membeli pam yang lain serta mahu menjual pam yang sedang digunakan. Ramai ibu yang bertanya, bolehkkah membeli pam terpakai? Antara risiko membeli pam terpakai ialah : #1 Risiko jangkitan kuman daripada seorang pengguna kepada pengguna yang lain. *Bukan semua bahagian pam dapat dicuci ataupun steril. *Kebanyakan pam tidak direka dengan mekanisme mengelakkan susu yang diperah termasuk ke dalam motor melalui tiub sambungannya. *Ada kemungkinan susu dari tiub termasuk ke dalam motor dan mencemari pam itu. #2 Risiko membeli pam tidak berkualiti dan tidak sesuai. *Risiko lebih tinggi sekiranya ibu membeli secara atas talian (online). *Sukar bagi ibu mengetahui berapa lama ia sudah digunakan dan sekiranya tidak bernasib baik, ibu mungkin kerugian kerana membeli pam yang rosak. Food Drug Administration (FDA) di Amerika tidak menggalakkan penggunaan pam terpakai ataupun berkongsi pam antara dua ataupun lebih pengguna. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan. Ia adalah pandangan yang tepat dan ideal ( walaupun tiada undang-undang yang mengawalnya). Sebaiknya ibu mengumpul wang dan membeli pam susu yang baru. Walau bagaimanapun, dunia selalunya tidak ideal. Ada ibu yang tidak mampu membeli pam yang berkualiti dengan harga yang mahal dan pam yang murah pula tidak berkualiti. Ibu pula mempunyai kawan ataupun saudara yang dapat dipercayai dan bebas daripada sebarang penyakit, serta mahu menjual pamnya dengan harga yang berpatutan. Ini terpulang kepada penilaian dan pengamatan ibu sendiri. Kita sendiri lebih mengetahuinya dan buatlah keputusan yang terbaik selepas meneliti segala aspek. P/S : Sekiranya mommy membuat keputusan mahu membeli pam terpakai, ibu disarankan supaya membeli botol, tiub, dan corong baru. Walau bagaimanapun, ia tidak mengurangkan risiko jangkitan antara pengguna. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”