11 Menu Berpantang
Selepas melahirkan anak, para ibu memang akan melalui proses yang dinamakan sebagai proses berpantang. Dalam sesi berpantang selama 40-44 hari ini, memang anda kena menjaga pemakanan. Ada makanan yang boleh dimakan, dan ada makanan yang tidak boleh dimakan untuk mengelakkan kesan sampingan. Bila semua makanan kena jaga dan banyak pantang larang, bosan juga lah sebenarnya kerana akan ulang menu yang sama setiap hari. Jangan risau, dengan perkongsian dari Puan Najwa Iywa ini, para ibu berpantang tidak akan pening kepala lagi nak fikir menu untuk makan setiap hari. Menu-menu yang dikongsikan pun agak menarik juga semuanya! MENU PERTAMA Sup ikan merah, Sayur sawi lobak putih, Crunchy garlic, Serunding halia, Buah epal manis MENU KEDUA Ikan selar bakar Sup sawi lobak putih Crunchy Garlic Oren manis Air halba panas MENU KETIGA Bubur nasi Ikan merah bakar Crunchy garlic Ulam raja Buah epal manis MENU KEEMPAT Singgang ikan tenggiri Sayur brokoli,lobak merah,sawi,lada hitam,ikan bilis dan bawang. Crunchy garlic Serunding halia Buah oren manis Taburan atas nasi tu habbatus sauda MENU KELIMA Sup tenggiri lada hitam Peria goreng rangup Crunchy garlic Serunding halia Nasi panas gaul dgn lada hitam Air natural flower tea (slimming) + ginger MENU KEENAM Ikan selar steam Sayur sawi + lobak putih Crunchy garlic Air akar kayu MENU KETUJUH Sup sawi + lobak putih Ikan selar bakar Crunchy garlic Air kurma merah + goji + longan kering + gula batu MENU KELAPAN Ikan selar bakar Sayur sawi + lobak putih Crunchy garlic Buah epal manis Air buah KK(banyakkan susu) MENU KESEMBILAN Ikan merah bakar Sayur bebola ikan tenggiri + sawi Crunchy garlic Serunding halia Buah oren manis Air kurma merah + longan kering + goji + gula batu MENU KESEPULUH Ikan selar bakar Ikan masak steam Sayur sawi jepun + lobak putih + lada hitam + ikan bilis + bawang MENU KESEBELAS Bawang putih bakar. Sebekas besar stock bawang putih untuk dibakar,makan dgn nasi panas-panas..Ya Allah sedapnya!! Rasa lembut-lembut macam ubi gitu..ratah camtu je lebih banyak dari mkn dgn nasi. MENU-MENU TAMBAHAN Air akar kayu ^ Minum petang^ Air rebusan kurma+ goji+ longan kering + gula batu ^ Natural flower(slimming) + halia ^ * Semoga dapat menjadi panduan untuk ibu-ibu yang tengah berpantang atau bakal melahirkan nanti! Sumber : www.facebook.com/najwa.iywa