Baby sembelit? Langkah ini boleh merawat baby sembelit melalui pemakanan.
Baby sembelit? Langkah ini boleh merawat baby sembelit melalui pemakanan. 1. PENGAMBILAN SUSU Kadang-kadang baby mengalami sembelit atau kesukaran membuang air besar adalah disebabkan pengambilan susu terutama susu formula. Jarang kita dengar baby yang meminum susu ibu mengalami masalah sembelit berbanding baby yang meminum susu formula. Susu ibu adalah yang paling baik untuk baby dan bagus dalam membantu tumbesaran. Namun begitu, hanya mempunyai pilihan susu formula, kita boleh mencuba untuk mengurangkan 1 skop susu dalam bancuhan. Jika masih tidak sesuai, boleh merujuk kepada doktor atau pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan saranan. 2. MAKANAN TINGGI SERAT Ibu bapa disyorkan untuk menyediakan makanan yang berbentuk puri iaitu makanan yang diproses menjadi lembut seperti cecair, bagi memudahkan baby menelan dan hadam. Untuk anak-anak yang melebihi 6 bulan ke atas sudah boleh mula mengambil makanan yang sebegini untuk memudahkan najis menjadi lembut dan senang dikeluarkan. Antara cadangan makanan yang tinggi serat: Brokoli dan sayuran hijau Sayur brokoli atau sayuran hijau mengandungi tinggi mineral, serat, folat, kalsium dan vitamin C. Pada baby berusia antara 6-9 bulan, ibu bapa boleh menyediakan puri brokoli. Untuk baby 8 bulan ke atas, ibu-ibu boleh melenyekkan brokoli setelah dikukus atau direbus lalu dimasukkan ke dalam bubur. Selain itu, ibu-ibu juga boleh berikan anak makan seperti bentuk “pokok”. Kebiasaannya, najis baby anda akan menjadi lebih lembut selepas makan brokoli. Ubi keledek / labu Ubi keledek antara sayuran yang mengandungi beta karotin dan vitamin C. Ubi keledek yang direbus bersifat lembut dan mudah dilenyekkan untuk membentuk puri bagi memudahkan anak menelan. Kacang Pis Ibu-ibu jangan lupa untuk lenyekkan kacang pis terlebih dahulu sebelum diberikan kepada anak. Puri kacang pis ini sesuai untuk baby seusia 7 bulan ke atas. Puri buah-buahan Antara buah-buahan yang sesuai untuk baby sembelit seperti epal, prun, pear, pisang, betik dan sebagainya. Ibu-ibu boleh memotong buah menjadi potongan kiub kemudian dikisar bersama sedikit air sehingga berubah tekstur menjadi lembut dan mudah untuk baby menelan. 3. AIR YANG MENCUKUPI Jika baby mengalami sembelit, antara penyebabnya adalah kerana baby anda mengalami kekurangan pelawas dalam usus. Oleh sebab itu, pentingnya merawat baby sembelit dengan berikan mereka minum air seperti susu atau air minuman biasa. Air yang mencukupi akan memudahkan makanan untuk dihadamkan dan mampu bergerak dalam usus dengan lancar. Air dan susu merupakan cecair yang paling sesuai untuk membantu bayi yang mengalami masalah sembelit. Disamping itu, ibu bapa boleh mengamalkan kaedah rawatan seperti: Membaringkan bayi dengan kaki berada di atas dan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal. Kelebihan melakukan seperti ini adalah ia dapat merangsang pergerakan najis dalam usus. Setiap kali selepas memandikan bayi anda, sapukan minyak telon atau yu yee di perut, betis, belakang badan dan tapak kaki bayi. Kelebihan melakukan adalah dapat mengelakkan bayi kembung perut, sembelit dan cirit- birit. Sila dapatkan di cawangan kami yang berhampiran dengan anda