mom

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

mom

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP

MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU DENGAN MER (MILK EJECTION REFLEX)!!!

MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU DENGAN MER (MILK EJECTION REFLEX)!!! Apabila memerah susu, tiada rangsangan secara langsung daripada bayi. Situasi ini ada kalanya dapat menjejaskan MER. Banyak cara dapat dicuba oleh ibu bagi mendapatkan MER yang berkesan semasa memerah. MER dapat dirangsang secara fizikal dan psikologi. Gabungan kedua-dua kaedah ini berkesan bagi mendapatkan MER. Antara langkah-langkah mendapatkan MER adalah : #1 Pastikan ibu selesa dan jauh daripada sebarang perkara yang membantutkan fokus ibu memerah susu. * Pengalaman ibu yang memerah susu mengatakan MER mereka senang diperoleh sekiranya mereka memerah ditempat yang sama setiap kali. * Persekitaran yang biasa dengan ibu membantunya supaya lebih tenang. * Rutin yang sama setiap kali juga kadangkala dapat membantu. Seorang ibu dalam buku The Milk Memo tulisan Cate Colbourn Smith dan Andrea Serreta menceritakan bagaimana susunya mula keluar sebaik sahaja mendengar zip beg alatan memerahnya mula dibuka. #2 Padam telefon bimbit ataupun kunci pintu bagi mendapat ketenangan dan privasi. * Segala keperluan seperti bantal, makanan ringan dan minuman, buku ataupun komputer diletakkan berdekatan supaya senang ibu mencapainya semasa sesi memerah. #3 Tekapkan tuala basah dan urut payudara bagi ‘mengejutkannya’ supaya ‘bekerja’. Ibu juga dapat menggentel puting susu bagi lebih merangsang MER dengan cepat. * Kirsten Berggren, penulis buku Working Without Weaning berkongsi pengalaman bagaimana dia menggambarkan lori terbalik dan limpahan susu memenuhi jalan raya. Ia membantunya merangsang MER. #4 Tarik nafas dan cuba bayangkan kita berada di tempat yang nyaman dan tenang. Sedikit imaginasi diperlukan bagi menggambarkan sesuatu tempat seperti di tepi laut, air terjun ataupun sungai yang mengalir tenang. * Bagi yang beragama islam, bacaan ayat suci Al-Quran daripada qari terkenal dapat dipasang bagi memberi ketenangan. #5 Latar belakang yang menenangkan dapat diperoleh dengan memasang muzik latar yang disukai ataupun memperdengarkan bunyi-bunyian alam. * Ada ibu yang membawa gambar bayi ke tempat kerja. Dengan teknologi canggih dewasa ini, video, suara dan gambar anak dapat dirakam menggunakan telefon bimbit dan ia dapat dipasang bila-bila masa sahaja. * Sesetengah ibu pula berasa terangsang apabila dapat mencium bau dari baju ataupun selimut anaknya. * Namun begitu, ada ibu yang terlalu sedih kerana berjauhan dengan anaknya dan berasa lebih tertekan apabila melihat sebarang benda yang berkaitan dengan bayinya. Terpulanglah kepada ibu memilih yang mana satu lebih sesuai bagi merangsang MER. #6 Urutan belakang badan. * Sekiranya berada di rumah, suami ataupun ahli keluarga yang lain dapat membantu melakukannya. * Ibu menelungkup di belakang kerusi ataupun di tepi meja. * Pengurut menggunakan ibu jari di kedua-dua bahagian tepi tulang belakang (bukan di atas tulang belakang). * Urut dalam bentuk bulatan setempat menggunakan ibu jari dalam beberapa saat. * Ulang urutan yang sama hingga ke paras pinggang. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU?

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU? Seperti yang mommy kerap dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu yang menyusu. “Jangan makan buah, ini makanan sejuk, yang ini pula nanti anak kembung sebab angin”. Sering kali ibu berasa risau mahu makan kerana khuatir akan memberi kesan kepada bayi. Sehingga ke satu peringkat, ibu mungkin akan berpantang makan sehingga meninggalkan pemakanan seimbang untuk dirinya. Secara amnya, tiada makanan khusus yang perlu ibu jauhi. Makan apa yang dirasakan sesuai. Cuma ada kalanya bayi bayi alah dengan makanan yang dimakan oleh ibu kerana sedikit sebanyak makanan itu akan diberikan kepada bayi melalui susu ibu. Tetapi, makanan yang tidak sesuai untuk seorang ibu dan bayi tidak semestinya tidak sesuai untuk pasangan ibu dan bayi yang lain. Antara tanda-tanda alahan adalah seperti : * Muntah, Cirit-Birit, dan sakit perut. * Bayi juga mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti sering selesema, lelah, dan gatal-gatal kulit. * Bagi bayi yang hanya menyusu susu ibu, perkara ini jarang berlaku * Sekiranya ia berlaku, lazimnya bayi alah kepada makanan yang dimakan oleh ibunya, bukan kerana penyusuan ibu. Ia selalunya berlaku dalam kalangan keluarga yang mempunyai sejarah alahan yang kuat. *Protein haiwan adalah satu penyebab alah yang biasa.Cuba elakkan meminum minuman susu haiwan buat sementara waktu dan pantau respons bayi. *Begitu juga dengan makanan yang lain. Bayi yang menyusu susu tiruan sememangnya menghadapi risiko yang tinggi mendapat alahan kerana protein haiwan. Ibu dapat mengawal makanan yang mahu diambil sekiranya ada yang tidak sesuai untuk bayi, tetapi kita tidak dapat mengawal makanan yang dimakan oleh binatang ternakan bagi menghasilkan susu tiruan yang kita gunakan. Ibu pasti mampu membuat pilihan yang tepat. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice