PANDUAN MEMBERSIH & MENCUCI SPARE PART PAM SUSU / PAM PAYUDARA
PANDUAN MEMBERSIH & MENCUCI SPARE PART PAM SUSU / PAM PAYUDARA Tahukah Mommy? Mommy perlu elakkan mengelap pam menggunakan tuala lembap ataupun basah. Tuala lembap dapat menjadi tempat kuman membiak. Oleh itu, antara beberapa panduan membersihkan atau mencuci spare part pam susu adalah : Mommy perlu mengetahui cara membersihkan pam susu tertentu berdasarkan manual yang disertakan. Bagi kebanyakan pam, selepas disteril kali pertama, pam tidak perlu disteril selepas setiap kali digunakan. Beberapa bahagian perlu dipisahkan sebelum mencuci dan bukan semua bahagian perlu dicuci. Memadai dengan mencuci menggunakan sabun pencuci dan air suam. Bilas dengan air bersih. Antara bahagian yang perlu diberi perhatian adalah membrane putih yang dilekapkan kepada injap. Injap ini pula biasanya disambung kepada pam itu. Elakkan memberus terlalu kuat ataupun menggunakan berus yang keras kerana dikhuatiri menyebabkan calar yang menjadi habitat kuman. Pastikan semua bahagian yang perlu diasingkan sebelum dibersihkan. Beri lebih perhatian kepada celah-celah yang sukar dibersihkan kerana ia menjadi tempat bakteria membiak Lazimnya, motor pam tidak perlu dicuci. Dicadangkan supaya ibu mensteril pam sekali dalam seminggu ataupun lebih sekiranya dirasakan perlu. Setelah dicuci, biar sahaja ia kering sendiri. Sekiranya perlu, lap denngan tisu kering. Cadangan mensteril pam (p/s : Lihat manual pam bagi arahan spesifik) : Letakan air di dalam periuk dan biarkan mendidih. Padamkan api dan rendamkan bahagian pam selama 10minit. Ia juga dapat dilakukan kepada tiub sekiranya ada susu yang termasuk ke dalamnya. Dapatkan maklumat sebenar berkenaan cara membersihkan tiub dalam manual yang disediakan kerana tidak semua tiub sesuai dibersihkan dengan cara sedemikian. Tiub dapat dikeringkan dengan cara memasukkan sedikit alhokol di dalam satu lubang tiub dan pusingkannya di atas kepala(seumpama koboi) bagi mengeluarkan air yang masih terperangkap di dalamnya. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]