PUNCA BENGKAK SUSU? 8 FAKTOR YANG PERLU IBU TAHU
PUNCA BENGKAK SUSU? #8 FAKTOR YANG PERLU IBU TAHU Mommy perlu tahu, pada peringkat awal susu bertambah banyak, payudara bertambah besar dan penuh. Ia adalah perkara normal. Lekapan yang betul dan penghisapan kerap bagi mengeluarkan susu dengan berkesan perlu dilakukan bagi mengelakkan payudara membengkak. Pastikan menyusu mengikut kehendak bayi dan biarkan bayi menyusu pada satu payudara sehingga puas. Bengkak payudara biasanya terjadi dalam minggu pertama ataupun kedua selepas melahirkan anak, tetapi ia juga dapat berlaku selepas itu. Ada ibu yang mengalami bengkak pada kedua-dua belah payudara, manakala sebahagian ibu mengalami bengkak pada sebelah payudara sahaja. Ada pula yang bengkak di sekitar areola sahaja, manakala ada juga kes terjadi di keseluruhan payudara. #8 Faktor bengkak payudara yang perlu ibu ketahui: Bayi tertinggal sesi penyusuan yang sepatutnya diambil. Posisi dan lekapan yang tidak betul oleh bayi. Susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisien. Menyusu mengikut jadual, bukan mengikut kehendak bayi. Ia mengurangkan kekerapan bayi menyusu di payudara dan tidak banyak susu dapat di keluarkan secara efektif daripada payudara. Secara tidak langsung, ia dapat menyebabkan bengkak payudara. Bayi diberi cecair selain susu ibu seperti air kosong ataupun susu tiruan, ataupun penggunaan puting. Bayi berasa kenyang dan enggan menghisap di payudara. Pada awal-awal hari kelahiran, susu akan terus dihasilkan dan payudara akan membengkak. Bayi tidak dapat menghisap dengan berkesan. Terutamanya kepada ibu yang sakit, proses bersalin yang rumit, dan juga diberi ubat tertentu. Dalam kes-kes seperti ini, susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif. Ibu berhenti menyusu secara tiba-tiba. Ia juga sering terjadi terutama pada awal-awal kelahiran kerana susu akan bertambah banyak tiga hingga lima hari selepas melahirkan. Sekiranya ibu berhenti menyusu secara drastik, bengkak payudara mungkin akan bertambah serius. Payudara tidak dikosongkan dengan berkesan semasa memerah susu. Bagi ibu-ibu yang memerah susu bagi kegunaan anaknya terutamanya semasa anaknya berada di hospital pada minggu-minggu awal kelahiran. Apabila aliran susu tidak dikosongkan dengan berkesan, susu yang terkumpul menyebabkan payudara bengkak. Kecederaan di payudara. Ia mungkin terjadi akibat pembedahan ataupun kebakaran yang melibatkan tisu payudara ataupun puting. Sekiranya ada duktus yang tercedera dan tidak dapat mengalirkan susu dengan berkesan, susu tidak dapat keluar dan payudara menjadi bengkak. Ada sesetengah ibu yang kehilangan puting akibat pembedahan ataupun kebakaran juga mungkin mengalami bengkak payudara yang teruk kerana susu tidak dapat dikeluarkan. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]