KEPENTINGAN PENYUSUAN IBU PADA WAKTU MALAM
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU PADA WAKTU MALAM Kajian menunjukkan bayi mendapatkan 25 peratus daripada jumlah susunya dalam sehari pada waktu malam. Pada waktu malam, hormon prolaktin dan kandungan lemak susu lebih tinggi daripada bwaktu siang. Dengan kerap menyusu pada waktu malam, bayi dapat membesar dengan cepat dan ibu menghasilkan lebih banyak susu. Bayi juga memberi isyarat kepada ibu bapa ataupun orang sekeliling supaya mengambil peduli dengan apa yang berlaku padanya. Ia menanamkan rasa selamat dan yakin diri dalam jiwa bayi kerana ada orang yang memenuhi keperluannya. Memberi respons kepada keperluan bayi tidak bermakna ibu bapa memanjakannya.Penyusuan ibu pada waktu malam adalah satu cara berhubung antara ibu dan bayi. Bayi yang kerap berjaga malam dapat mengelakkan risiko kematian mengejut ataupun lebih dikenali sebagai Sudden Infant Death Sydnrome (SIDS). * Sindrom ini lazimnya terjadi dalam kalangan masyarakat Barat. Mereka sangat khuatir sekiranya ia berlaku kepada bayi mereka. *Pada setiap tahun, ribuan bayi meninggal dunia disebabkan sindrom ini. Walau bagaimanapun, ia jarang terjadi dalam kalangan masyarakat Asia. Kebaikan Tidur Bersama Bayi 80 peratus keluarga di seluruh dunia tidur bersama bayi dan ia menjadi budaya yang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita. Antara kebaikan tidur bersama bayi dengan cara yang selamat adalah: * Ibu bapa dapat memantau corak tidur bayi dan membantu sekiranya bayi menghadapi sebarang masalah ketika tidur. * Corak pernafasan, suhu badan, dan denyutan nadi ibu bapa dan bayi berada dalam keadaan yang lebih kurang sama. Ia membantu dan mempengaruhi bayi dalam proses tidurnya. * Bayi tidur dalam kitaran tidur ringan dan terhindar daripada SIDS. * Bayi yang menyusu lebih kerap sama ada siang ataupun malam mengikut kehendaknya akan lebih tenang dan ceria pada siang hari. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]