MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG KERAP

MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU DENGAN MER (MILK EJECTION REFLEX)!!!

MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU DENGAN MER (MILK EJECTION REFLEX)!!! Apabila memerah susu, tiada rangsangan secara langsung daripada bayi. Situasi ini ada kalanya dapat menjejaskan MER. Banyak cara dapat dicuba oleh ibu bagi mendapatkan MER yang berkesan semasa memerah. MER dapat dirangsang secara fizikal dan psikologi. Gabungan kedua-dua kaedah ini berkesan bagi mendapatkan MER. Antara langkah-langkah mendapatkan MER adalah : #1 Pastikan ibu selesa dan jauh daripada sebarang perkara yang membantutkan fokus ibu memerah susu. * Pengalaman ibu yang memerah susu mengatakan MER mereka senang diperoleh sekiranya mereka memerah ditempat yang sama setiap kali. * Persekitaran yang biasa dengan ibu membantunya supaya lebih tenang. * Rutin yang sama setiap kali juga kadangkala dapat membantu. Seorang ibu dalam buku The Milk Memo tulisan Cate Colbourn Smith dan Andrea Serreta menceritakan bagaimana susunya mula keluar sebaik sahaja mendengar zip beg alatan memerahnya mula dibuka. #2 Padam telefon bimbit ataupun kunci pintu bagi mendapat ketenangan dan privasi. * Segala keperluan seperti bantal, makanan ringan dan minuman, buku ataupun komputer diletakkan berdekatan supaya senang ibu mencapainya semasa sesi memerah. #3 Tekapkan tuala basah dan urut payudara bagi ‘mengejutkannya’ supaya ‘bekerja’. Ibu juga dapat menggentel puting susu bagi lebih merangsang MER dengan cepat. * Kirsten Berggren, penulis buku Working Without Weaning berkongsi pengalaman bagaimana dia menggambarkan lori terbalik dan limpahan susu memenuhi jalan raya. Ia membantunya merangsang MER. #4 Tarik nafas dan cuba bayangkan kita berada di tempat yang nyaman dan tenang. Sedikit imaginasi diperlukan bagi menggambarkan sesuatu tempat seperti di tepi laut, air terjun ataupun sungai yang mengalir tenang. * Bagi yang beragama islam, bacaan ayat suci Al-Quran daripada qari terkenal dapat dipasang bagi memberi ketenangan. #5 Latar belakang yang menenangkan dapat diperoleh dengan memasang muzik latar yang disukai ataupun memperdengarkan bunyi-bunyian alam. * Ada ibu yang membawa gambar bayi ke tempat kerja. Dengan teknologi canggih dewasa ini, video, suara dan gambar anak dapat dirakam menggunakan telefon bimbit dan ia dapat dipasang bila-bila masa sahaja. * Sesetengah ibu pula berasa terangsang apabila dapat mencium bau dari baju ataupun selimut anaknya. * Namun begitu, ada ibu yang terlalu sedih kerana berjauhan dengan anaknya dan berasa lebih tertekan apabila melihat sebarang benda yang berkaitan dengan bayinya. Terpulanglah kepada ibu memilih yang mana satu lebih sesuai bagi merangsang MER. #6 Urutan belakang badan. * Sekiranya berada di rumah, suami ataupun ahli keluarga yang lain dapat membantu melakukannya. * Ibu menelungkup di belakang kerusi ataupun di tepi meja. * Pengurut menggunakan ibu jari di kedua-dua bahagian tepi tulang belakang (bukan di atas tulang belakang). * Urut dalam bentuk bulatan setempat menggunakan ibu jari dalam beberapa saat. * Ulang urutan yang sama hingga ke paras pinggang. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”