8 Puting Yang Sesuai Untuk Bayi Yang Baru Lahir

Pilihlah puting yang lembut dan tidak menyakitkan gusi atau lelangit semasa si kecil sedang menghisapnya. Jom, ikuti senarai dibawah ini untuk mengetahu info lebih lanjut mengenai puting yang bersesuaian: #1 AVENT Mini Pacifier (0 – 2mths) – Puting kosong untuk bayi baru lahir hingga 2 bulan Umum sedia maklum yang puting kosong tidak berfaedah untuk bayi dalam jangka masa panjang tetapi masih belum ada kajian saintifik yang menyokong fakta tersebut. Dengan teknologi terkini seperti puting kosong Avent Mini Pacifier ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu menenangkan bayi yang sedang keresahan. Sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2 bulan, puting kosong ini direka lebih kecil dan ringan dari saiz puting kosong yang sedia ada. Ia juga selamat digunakan kerana tiada bahan BPA serta mengambil kira kesesuaian keperluan ortodontik bayi. #2 HEVEA Round Natural Rubber Pacifier – Puting lembut untuk bayi baru lahir – tidak menyakitkan gusi dan lelangit 100% diperbuat daripada getah asli, puting ini tidak mengandungi PVC, BPA, PTA dan pewarna tiruan. Pembuatannya sangat lembut dan teliti serta dilengkapi dengan bentuk ergonomik yang memberi ruang antara hidung dan dagu. Puting ini juga menghalang radikal bebas memasuki sekitar kawasan mulut bayi kerana bentuknya menyerupai vakum. Ruang ventilasi di dalam rekaan putingnya membolehkan bayi menghisap dengan lebih mudah serta baik untuk pembentukan gigi bayi. #3 PHILIPS NICU Soothie Pacifier – Sesuai untuk bayi pramatang (preemie), saiznya menepati ruang mulut si kecil. Puting Philips NICU ini direka khas seperti payudara ibu dan didedikasikan buat bayi pramatang  atau bayi yang berada di bawah pemerhatian klinik neonatal. Diperbuat daripada bahan silikon yang menepati gred perubatan, ianya senang dicuci tanpa meninggalkan kesan air, lebih bersih dan mengeluarkan haruman menenangkan buat si kecil. Sudah pasti, putting ini mampu membantu bayi anda berasa aman dan mendapat rehat secukupnya dengan lebih efektif. Tidak seperti puting biasa yang lain, puting dari jenama Philips ini bersesuaian dengan ruangan mulut si kecil preemie. #4 NUK Soother Pacifier (Sensitive) – Puting ortondotik untuk bayi berbibir sumbing Untuk keselesaan bayi yang mengalami masalah bibir sumbing, pasti samada meminum susu atau digunakan sebagai pacifier menjadi satu masalah buat mereka. Ini kerana putting konvensional direka tidak bersesuaian untuknya. Maka, gunakan puting botol yang sesuai untuk bibir sumbing pastinya akan membantu keselesaan mereka semasa menyusu. Direka khas untuk bayi sebegini, puting ini menggunakan 100% bahan dari silicon yang mempunyai permukaan kontur lembut, sesuai dengan keadaan mulut bayi. Bentuk asimetrikal dengan bahagian belakang yang sedikit terangkat menepati kriteria ortondotik dan memudahkan pernafasan bayi semasa menghisap puting. #5 TOMMEE TIPPEE Cherry Soother – Puting bayi yang menepati gred perubatan dan tahan lama Puting TOMMEE TIPPEE ini menepati gred perubatan di mana pembuatannya bebas dari BPA, PVC dan PAE. Direka untuk kegunaan bayi baru lahir hingga berusia 6 bulan, diperbuat daripada getah asli ortodontik, puting ini bukan sahaja memberi ketenangan pada si bayi tetapi juga kepada ibu bapa yang risau akan kesihatan bayi tercinta. Sesuai untuk semua jenis pensterilan serta selamat digunakan di dalam gelombang mikro yang bersuhu tinggi. Tidak mudah mencair dan boleh digunakan berulang-kali. Sebaiknya, puting haruslah ditukar selepas 3 bulan untuk mengelakkan pengumpulan bakteria. #6 MOMO HOUSE Pacifier Chain Set – Puting penenang yang selamat dan murah, tiada toksik merbahaya Puting yang berharga kurang daripada RM10 ini, diperbuat daripada bahan silikon yang sangat lembut dan sesuai untuk kegunaan bayi baru lahir. Puting ortodontik yang menyokong perkembangan oral bayi mempunyai bentuk istimewa ini dapat membiasakan si kecil melakukan perubahan secara perlahan-lahan antara puting botol, ibu dan puting kosong. Ianya mudah dicuci dan mempunyai pemegang untuk memudahkan si kecil atau anda memegangnya. Diperbuat daripada plastik mesra alam sekitar, ianya tidak mengandungi bahan bertoksik, alergi dan tidak mudah pudar. Jika si kecil jenis suka menggigit, usah risau. Puting ini tidak mudah terkoyak. #7 CHICCO PhysioForma Soft Silicone Pacifier – Puting terbaik untuk bayi yang mudah alami refluks Puting Chicco ini sememangnya direka khas untuk menyokong pernafasan bayi dan diiktiraf oleh panel penasihat yang pakar di dalam bidang neonatal, pediatrik dan ortodontik. Lengkok sisi puting ini dibahagi sama rata untuk memastikan tekanan yang setara semasa menghisap dan sekaligus memberi keselesaan kepada bayi. Lubang ventilasi untuk ruang perudaraan menghalang pengumpulan air liur sekaligus membantu pernafasan dan perudaraan yang selesa serta mengurangkan keadaan refluks di dalam badan bayi. #8 Piyo Piyo (Thumb Shape) Pacifier + Pacifier Chain – Puting jenis berklip bergaya untuk bayi Bagi memastikan bayi sentiasa ceria dan tenang, puting Piyo Piyo yang berbentuk seakan ibu jari ini dilengkapi dengan klip berantai yang pastinya tidak memerlukan pantauan ibu bapa sepanjang masa ketika anak sedang menghisap puting ini. Ia juga mempunyai penutup untuk mengelakkan kotoran disebabkan bayi yang terlalu aktif. Puting ini juga lembut dan melindungi mulut bayi supaya sentiasa segar dan bersih.