APAKAH ITU MER ( MILK EJECTION REFLEX ) MERANGSANG REFLEKS EJEKSI SUSU

3 TIPS TERPENTING SEBELUM MEMBELI PAM SUSU

#3 TIPS TERPENTING SEBELUM MEMBELI PAM SUSU #1 Baca komen berkaitan pam * Dapatkan sebanyak mungkin pilihan pam berpandu kepada kriteria yang sudah di tetapkan oleh ibu. * Baca komen daripada pengguna-pengguna pam itu. * Laman web sesuatu jenama adalah sumber bagi mengetahui spesifikasi dan ulasan berkaitan pam itu. * Forum dalam talian (online forum) membincangkan hal penyusuan dan keibubapaan adalah satu platform yang baik bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna. * Maklum balas juga dapat diperoleh daripada perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan. * Senaraikan kebaikan dan keburukan setiap pam berpandu kepada ulasan-ulasan yang didapati. * Beri perhatian kepada ulasan yang sama dan konsisten daripada saemua pengguna. * Ia dapat membantu ibu membuat keputusan yang tepat. #2 Cuba dahulu sebelum beli * Sebaiknya, cuba dahulu beberapa pam yang ada di pasaran sebelum membelinya. * Beberapa kedai yang menjual barangan penyusuan memberi peluang kepada ibu mencuba dahulu beberapa jenis pam sebelum membuat keputusan. #3 Pemilihan saiz corong yang bersesuaian. *Memerah susu menggunakan pam susu bukan satu aktiviti yang menyakitkan, jadi sekiranya ibu berasa sakit, beberapa perkara perlu diberi perhatian. *Adakah spesifikasi kitaran hisap-lepas dan vakumnya bersesuaib bagi memerah susu? *Adakah size flange sepadan dengan saiz payudara dan puting ibu? *Flange adalah bukaan besar umpama corong yang diletakkan pada payudara dan disambungkan melalui terowong kepada botol yang digunakan bagi mengumpul susu. *Lazimnya, saiznya adalah standard bagi semua pam. *Semasa mengepam, puting dan areola akan memanjang dan puting akan menjadi lebih besar. *Sekiranya puting ibu bergeser dengan tepi flange semasa mengepam, ia akan menyebabkan kecederaan. * Sesetengah ibu yang mempunyai puting yang besar mungkin memerlukan saiz flange yang lebih besar. – Ibu dapat membeli saiz muncung yang lebih besar dan sesuai dengan keadaaan fizikal payudara. -Hubungi penjual bagi bertanyakan saiz yang ada, dan sekiranya boleh mencubanya terlebih dahulu bagi melihat kesesuainnya. – Flange yang terlalu besar juga dapat membantutkan pengeluaran susu kerana tekanan mencukupi tidak dapat diberikan kepada duktus susu bagi mengalirkan susu. – Dapatkan flange yang betul-betul bersesuaian dengan saiz puting ibu. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”