Penyalahgunaan Infant Carrier
Sebagai seorang parent yang penyayang kita semestinya mementingkan keselesaan si manja ketika berada di luar rumah mahupun di dalam rumah kan ? Penggunaan infant carrier , apa yang parents tahu tentang penggunaan infant carrier dan untuk apakah infant carrier ni dicipta. Betul tak cara kita guna carrier yang kita beli selama ni ? Sedar ataupun tidak masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa mereka sudah salah guna carrier yang mereka ada selama ni. Penyalahgunaan carrier mungkin nampak perkara yang kecil saja tapi tahu tak yang penyalahgunaan carrier ini boleh merbahayakan nyawa si manja anda. Penggunaan carrier selain daripada di dalam kereta adalah salah. Kenapa ianya salah? Mungkin ada ibu bapa diluar sana yang menggunakan carier sebagai tempat untuk dodoikan atau tidurkan anak ketika di rumah dan ada juga yang menggunakan carrier sebagai tempat meletakkan anak ketika berada diluar rumah seperti ketika makan di kedai. Kalau kita pergi ke kedai makan mesti pernah jumpa ibu bapa yang letak anak dalam carrier lepastu letak carrier di atas meja. Jika difikirkan kedudukan meja yang tinggi dan tapak carier yang tidak stabil apabila diletakkan di atas meja makan boleh mengakibatkan si manja kita yang ada dalam carrier tu terjatuh kan bahaya tu. Bukan itu sahaja ada juga kes diluar anaknya mati kerana tidur dalam carrier. Macam mana boleh jadi macam tu? Dalam temubual tu si ibu menceritakan anaknya dibiarkan tidur di dalam carrier tanpa pengawasan dan bila diperiksa anaknya sudah tiada. Siasatan mendapati anaknya mati akibat asphyxia. Perkara ini berlaku apabila seseorang berada dalam kedudukan yang menghalang mereka daripada bernafas. Ia mungkin berlaku apabila kepala bayi merosot ke hadapan ketika mereka duduk atau tidur yang menyebabkan penyumbatan kepada saluran nafasnya. Sebab tu lah kita dinasihatkan tidak menggunakan carrier ketika dirumah kerana kadang-kadang takut kita leka sampai tak sedar anak tidur dalam carrier. Even kalau guna carrier dalam kereta pun kita dinasihatkan untuk berhenti seketika dan keluarkan bayi dari carrier selepas beberapa jam berada dalam carrier. Ada lagi beberapa kisah yang berlaku di luar negara yang menyebabkan kematian anak mereka ketika menggunakan carrier selain dari dalam kereta ni. Ya, kes-kes ini berlaku di luar negara tapi tak salah kalau kita jadikan ia satu iktibar kepada kita untuk mengelakkan ia dari berlaku kepada kita. Berikut antara kisah-kisah yang boleh anda baca untuk dijadikan iktibar: https://www.google.co.uk/…/car-seat-deat-positional-asphyxi… https://www.google.co.uk/…/a…/uk-england-manchester-45361276 https://www.google.co.uk/…/baby-girl-died-after-being-…/amp/ https://www.aappublications.org/…/05/20/sittingdevices052019 Sebagai ibu bapa kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita dan memudahkan kita ,penggunaan infant carrier memang memudahkan ibu bapa tapi berbalik semula kepada cara penggunaan infant carrier oleh ibu bapa tu sendiri. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa semua memastikan keselamatan anak mereka terjamin dan kalau kita terbiasa dengan cara yang salah belum terlambat untuk kita baiki kesalahan tu. Apa apa pun sentiasa biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Kalau nak cari baby carrier ke stroller ke untuk si manja anda bolehlah ke laman web Mothers First Choice untuk buat pilihan. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]