servis breastpump

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

servis breastpump

Servis Medela Freestyle Breast Pump

Perkhidmatan Servis & Repair Medela Frestyle Breast Pump

Perkhidmatan Servis & Repair Medela Frestyle Breast Pump Medela Frestyle Breast Pump anda mengalami masalah kurang ‘suction’ ? Ambil masa lebih lama untuk mengepam berbanding sebelumnya? Kami menyediakan perkhidmatan untuk servis Medela Frestyle Breast Pump!!! Vacuum Level (approx.)-20….-270 mmHg-3….-35 kPa45 … 120 cpmPerkhidmatan servis Medela Frestyle Breast Pump Murah Malaysia. 100% Trusted seller @ MFCTM.100% Great value.100% Fast delivery.100% Satisfaction.   Find us more at: Website: Instagram: Youtube: Shopee: JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN , BOLEH TERUS WHATAPP KE NO CUSTOMER SERVICE DIBAWAH. http://www.wasap.my/601110511950 Atau Terus Walk In Ke Cawangan Mothers First Choice Terdekat : 𝗞𝗨𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡B-100 Sri Dagangan 2,Jalan Tun Ismail,25000 Kuantan, PAHANG.(Office: 09 513 1950 / HP: 01110511950)Whatsapp us now!!! : –>> http://www.wasap.my/601110511950 Google Maps : –>> 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑C-11-1 & G, Alam Avenue 2,Jalan Serai Wangi L 16/LSection 16,40200 Shah Alam, SELANGOR.(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)Whatsapp us now!!! : –>> http://wasap.my/60192413656 Google Maps : –>> 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇8D Ground & Mezzanine Floor,Samila Business Centre,Aman Walk, Lebuhraya Darulaman,05100 Alor Setar, KEDAH.(Office: 04 7365538 H/P: 0164120473)Whatsapp us now!!! : –>> http://wasap.my/60164120473 Google Maps : –>> 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨Lot 21687 Jalan Kubang Kurus,Taman Chukai Utama,24000 Kemaman, Terengganu.(Office: 09 8587905)Whatsapp us now!!! : –>> http://www.wasap.my/601110511950Google Maps : ->>

“Perlukah Medela Breastpump Anda Di Servis ?”

Perlukah Medela Breast Pump Anda Di Servis? Assalamulaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan keperluan untuk melakukan servis bagi Medela Breast Pump anda. Ramai pengguna Medela Breast Pump tidak ambil kisah berkenaan keperluan penjagaan pump mereka. Ini seterusnya menyebabkan prestasi pump semakin merosot iaitu ‘suction’ semakin berkurang dan lama kelamaan menyebabkan pump anda rosak. Untuk memastikan jangka hayat pump anda tahan lebih lama dan pump Medela anda beroperasi pada tahap yang maksimum, anda perlu manghantar pump Medela anda untuk diservis sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau setahun 2 kali servis. Dengan melakukan servis, pump Medela anda akan dapat beroperasi pada tahap maksimum mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan iaitu:  Vacuum Level (approx.) -20….-270 mmHg -3….-35 kPa 45 … 120 cpm   Di sini juga saya ingin kongsikan beberapa permasalahan yang biasa berlaku kepada Medela Breast Pump:  Back-flow – Susu mengalir masuk ke dalam pump. Perkara ini boleh berlaku mungkin disebabkan oleh botol susu telah penuh atau kedudukan botol susu yang miring sehingga susu disedut masuk kedalam pump. Jika susu telah disedut masuk ke dalam pump anda, off kan pump anda dengan serta merta. Jika anda terus menggunakan pump tersebut, dikhuatiri litar eletronik di dalam pum itu akan rosak disebabkan berlakunya litar pintas. Seterusnya merosakkan pump anda. Kes-kes yang biasa saya jumpa ialah display rosak dan juga pump tak boleh on langsung. Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, sila bawa Medela Breast Pump anda ke pusat servis berdekatan dengan kadar segera. Battery not charging – Walaupun pump disambung kepada charger, battery tidak di cas. Malah simbol battery berkelip-kelip dipapar pada skrin. Ini terjadi biasanya disebabkan oleh pin di dalam slot battery tidak menyentuh battery dengan sempurna. Untuk mengatasi masalah ini, anda hanya perlu menaikkan sedikit pin tersebut agar kembali menyentuh battery dengan sempurna. Jika anda tidak berjaya melakukannya, sila bawa Medela Breast Pump anda ke pusat servis berdekatan  No power – Pump Medela anda tidak dapat dihidupkan sama sekali samada menggunakan battery/charger. Ini mungkin disebabkan berlaku kerosakan kepada litar elektronik dalam pump Medela anda. Puncanya mungkin akibat terjatuh dari tempat yang tinggi menyebabkan papan litar retak ataupun disebabkan oleh back-flow. Kemungkinan juga charger anda yang rosak atau connector yang longgar tetapi ianya amatlah tipis. Low-suction –  Ini merupakan perkara yang paling biasa berlaku. Biasanya tiada masalah besar dengan pum anda, cuma ianya perlu diservis. ‘Suction’ boleh dinaikkan ke tahap ~ -270 mmHg dengan melakukan servis. No suction – Jika ini terjadi, beberapa kemungkinan yang biasa berlaku ialah disebabkan oleh membrane bocor atau motor rosak. Biasanya membrane tidak dapat diganti dan ianya perlu ditukar dalam satu set bersama litar electronik.Berikut merupakan beberapa contoh permasalahan berkaitan dengan Medela Breast Pump yang mungkin terjadi kepada anda. Banyak lagi kemungkinan lain yang hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan details yang perlu dilakukan ke atas pump anda. Jika anda memerlukan sebarang khidmat nasihat berkaitan dengan Medela Breast Pump anda, kami sedia membantu anda.  Kami bukan sahaja menjual Medela Breast Pump bahkan mempunyai kepakaran  dan menyediakan perkhidmatan untuk servis & repair Medela Frestyle Breast Pump termurah di pasaran. Servis cuma serendah RM60 sahaja. Klik link di bawah untuk mengetahui AKSESORI BREASTPUMP YANG DIJUAL Klik DiSini ———–>  Aksesori Breastpump Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”  [ SHOPPING] [ BREASTPUMP ] [ BREASTPUMP SPARE PART ] [ CARSEAT ]

“Tips Penjagaan Breastpump & Aksesori”

Adakah anda seorang ibu yang menggunakan breastpump? Pernah tak anda mengalami masalah dengan breastpump anda contohnya macam suction berkurang dan semakin lemah walaupun motor berfungsi dengan baik. Mesti peningkan apa nak buat dengan breastpump anda tu. Jangan risau breastpump anda bukan rosak lagi cuma kalau jadinya suction kurang atau lemah ni selalunya disebabkan valve yang terkoyak. Apabila valve koyak, ia tidak boleh tertutup rapat. Dan ini akan menyebabkan tiada suction dirasai. Breastpump pun ada cara penjagaannya juga ibu ibu tahu tak ? Mari saya kongsikan “ Tips Penjagaan Breastpump dan Aksesori Supaya Tahan Lama dan Tak Cepat Rosak “.   Elakkan Breastpump terjatuh, lebih-lebih lagi daripada tempat tinggi. Ini kerana bahagian dalam Breastpump tu sendiri ada komponen elektronik yang sangat  sensitif sebab tu kadang-kadang ada Breastpump baru sekali jatuh dah rosak atau gagal berfungsi seperti biasa. Jadi ibu-ibu dinasihatkan jangan letak Breastpump anda di tempat yang tinggi atau tempat yang boleh mendedahkan risiko Breastpump anda dari terjatuh. Masa mengepam susu pun kena sentiasa berhati-hati. Elakkan susu yang dipam tu masuk ke dalam motor pam semasa sedang mengepam. Namun jika situasi tersebut berlaku kepada anda segeralah berhenti pump susu anda dan matikan Breastpump tersebut. Seterusnya, dapatkan bantuan servis untuk servis pam tersebut secepat mungkin jika tidak komponen dalam pam boleh berkarat atau menyebabkan pam itu rosak. Di Mothers First Choice kami ada menyediakan servis ini jadi jika anda mengalami masalah seperti berikut bolehlah bawa Breastpump anda ke kedai kami untuk di servis. Jangan charge battery Breastpump anda terlalu lama untuk elakkan dari overcharge biasanya bagi Breastpump yang ada rechargeable battery (built-in) seperti Medela freestyle, Spectra M1 dan banyak lagi. Praktikkan untuk charge battery Breastpump anda apabila battery mencecah 1 bar. Bila battery dah penuh make sure disconnect terus Breastpump dari charger sebab kalau overcharge takut battery rosak (“kong”). Saya pasti ada sesetengah ibu yang mementingkan kebersihan Breastpump mereka dengan sentiasa membasuh tiub Breastpump setelah digunakan. Tapi bila dah basuh tiub tu make sure bila nak pasang semula dekat Breastpump tu tiub tu dah betul-betul kering. Perkara ini penting sebab kalau kita sambungkan tiub yang masih belum kering dengan sepenuhnya ke Breastpump kita berkemungkinan besar air dari tiub tu boleh pergi terus ke motor Breastpump. Jadi bila dah basuh tu pastikan tiub yang dibasuh tu betul-betul kering sebelum disambungkan ke Breastpump. Suction Breastpump mungkin akan berkurangan bila Breastpump tu digunakan lebih dari setahun. Untuk dapatkan semula suction seperti pertama kali anda menggunakannya anda bolehlah menghantar Breastpump anda untuk di servis di tempat yang sepatutnya seperti di Mothers First Choice. Tapi jika Breastpump anda masih baru dibeli tetapi suctionnya kurang mungkin ada faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku. Anda biasa tak sterilise valve dalam air panas atau air mendidih? Jika ya, anda patut berhenti melakukan perkara tersebut kerana valve yang di sterilize dengan air panas akan mengembang dan tidak dapat melekat dengan baik pada kedudukannya serta boleh memebri kesan kepada suction Breastpump anda. Hanya bahagian pam yang dibuat dari plastik sahaja yang boleh di sterilise dalam air panas atau air mendidih. Bahagian yang diperbuat daripada getah seperti valve hanya perlu dicuci dengan air suam atau air paip sahaja. Jika anda mencuci membrane valve pastikan tiada sisa susu yang tertinggal pada membrane valve dan sentiasa mencuci membrane valve dan valve Breastpump anda dengan berhati-hati untuk mengelakkanya dari terkoyak. Anda juga dinasihatkan untuk menukar valve setiap 3-4 bulan sekali.  Semoga perkongsian di atas dapat membantu ibu ibu di luar sana untuk memastikan Breastpump anda Tahan Lama dan Tak Cepat Rosak. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Breastpump boleh lah whatsapp kami di sini dan kami akan membantu anda.Untuk pengetahuan anda di Mothers First Choice kami ada menyediakan khidmat servis Breastpump dan menjual peralatan Breastpump jadi bolehlah ke website kami -> Mothers First Choice atau terus ke kedai kami untuk mendapatkan servis atau peralatan tersebut. Klik link di bawah untuk mengetahui AKSESORI BREASTPUMP YANG DIJUAL Klik DiSini ———–>  Aksesori Breastpump Jika Mommy ada sebarang pertanyaan? Jemput whasapp kami di Sini—> KLIK SINI. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”  [ SHOPPING] [ BREASTPUMP ] [ BREASTPUMP SPARE PART ] [ CARSEAT ]    

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice