AKTIVITI BONDING ANTARA BAPA DAN SI MANJA SANGAT PENTING!!!
AKTIVITI BONDING ANTARA BAPA DAN SI MANJA SANGAT PENTING!!! Ibu dan wanita sering kali dikaitkan dengan penjagaan bayi, tetapi sebenarnya peranan seorang ayah juga tidak kurang pentingnya. Keluarga yang bahagia dan sejahtera memerlukan keseimbangan peranan kedua-dua ibu dan ayahnya. Sejak turun-temurun, ayah adalah punca mata pencarian material utama, suri teladan, pendidik, dan penegak disiplin keluarga. Ibu pula berperanan sebagai sumber kasih sayang dan penjaga anak-anak. Jarang sekali ayah dilabel sebagai sumber utama kasih sayang anak-anak. Kata orang, apabila anak-anak kehilangan ayah, kesannya tidak seteruk apabila mereka kehilangan ibu. Adakah benar? Kajian mendapati banyak risiko negatif apabila susuk tubuh dan peranan ayah tiada dalam proses pembesaran kanak-kanak. Antaranya adalah: * Pertambahan berat badan yang tidak memuaskan bagi bayi pramatang. * Lemah dalam pencapaian akademik. *Gangguan kelakuan sosial. *Peningkatan masalah-masalah psikologi. *Kurang keyakinan diri sendiri. *Peningkatan kes-kes penderaan anak dan kes bunuh diri. *Peningkatan masalah sosial dan kelakuan jahat remaja. *Peningkatan kes-kes kemiskinan. *Kurang kemahairan berbahasa. Justeru, peranan bapa bukan sahaja mencari nafkah bagi mengisi perut anak-anak, malah lebih daripada itu. Hubungan antara anak dan ayah sangat kritikal bagi perkembangan anak-anak semenjak bayi lagi. Klik link di bawah untuk membeli Set Berpantang Tanamera —>> SET BERPANTANG TANAMERA Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang. “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”