susu ibu dan bayi kuning

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

susu ibu dan bayi kuning

Bayi kuning? Ketahui punca penyakit kuning pada bayi!

Bayi kuning? Ketahui punca penyakit kuning pada bayi! #1 Susu ibu: Ada beberapa kompaun di dalam susu yang menyebabkan seseorang bayi lebih mudah mengalami kekuningan. Tetapi kekuningan jenis ini selalunya tidak terlampau tinggi dan akan baik dengan sendirinya. #2 Jenis darah berlainan di antara ibu dan anak: Ini akan menyebabkan antibodi ibu menyerang sel darah merah bayi dan menyebabkan darah bayi pecah. Oleh sebab itu, anak kepada ibu yang berdarah O dan rhesus negative mudah mendapat penyakit ini kerana O adalah gene recessive, apabila suami mempunyai jenis darah yang berlainan. Jenis darah bayi akan mengikut belah si ayah. #3 Jaundis fisiologi: Kebanyakan bayi mengalami kuning bayi jenis ini disebabkan hati bayi belum lagi matang untung menguraikan kompaun bilirubin. Selalunya ia berlaku pada hari ke 2 hingga hari ke 4 #4 Kurang menyusu: Ia akan melambatkan sistem pencernaan apabila bilirubin dalam perut diserap kembali ke dalam aliran darah. Para ibu perlu peka terhadap kulit bayi jika si ibu mengalami masalah latching(melekapkan) bayi pada puting, susu lambat keluar, tak mencukupi dan sebagainya. Jika perlu, sila jumpa dengan pakar laktasi. #5 Kekurangan enzim G6PD: Ia merupakan penyakit genetik Chromosome X yang menyebabkan membran sel2 darah tak stabil lalu senang pecah. Ia adalah keadaan seumur hidup dan tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya. Anak2 yang kekurangan enzim G6PD ini mudah mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah terutamanya apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu seperti antibiotik dan kacang perang. #6 Masalah hormon (Thyroid): Hormon tiroid memainkan peranan yang amat penting bagi bayi kerana ia di perlukan untuk tumbesaran fizikal bayi dan lebih penting lagi peranan dalam perkembangan. Oleh kerana urat saraf bayi berkembang dengan pesat nya dari lahir sehingga umur 12 tahun, maka kekurangan hormon tiroid akan menjejaskan fungsi otak. #7 Jangkitan bakteria: Sesetengah jangkitan bakteria boleh menyebabkan bayi menjadi kuning. ***Risiko Kuning Bayi Adalah Tinggi Sekiranya: Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu) Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning. Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran) Jangkitan atau kelahiran yang trauma.

Bayi kuning? 6 Petua ini yang perlu ibu elakkan!!!

Bayi kuning? #6 Petua ini yang perlu ibu elakkan!!! #1 MENJEMUR BAYI Sinaran matahari yang secara tidak langsung (menerusi cermin/tingkap etc) tidak boleh mengurangkan kuning bayi. Sinaran secara langsung pula boleh mengakibatkan bayi menjadi kering(dehidrasi) atau kenaikan suhu bayi. Cahaya matahari yang terik selepas 9am juga akan mencetuskan masalah kulit pada masa yang akan dating pada bayi. #2 MEMBERI SUSU SELAIN SUSU IBU Memberi bayi susu lembu dan kambing, madu asli, air anggur, tebu hitam, serbuk mutiara, sengkuang cina kepada bayi akan menyebabkan penyakit usus. Hal ini kerana usus bayi di bawah umur 6 bulan masih belum lagi matang. Susu kambing mengandungi protein yang tinggi. Ini mungkin akan menyebabkan darah bayi berasid urik atau akan menyebabkan alahan. #3 MEMBERI AIR MASAK / AIR RENDAMAN BERAS Tidak digalakkan kerana pemberian air yang berlebihan akan menyebabkan pencairan garam sodium dalam darah dan mencetuskan serangan sawan. #4 IBU HARUS KURANGKAN MAKAN UBAT JAMU Para ibu perlu cuba elakkan makan ubat jamu kerana sesetengah bahan akan menjejaskan kualiti susu ibu #5 MEMANDIKAN BAYI DENGAN AIR BUNGA / AIR PERIA / AIR TEH Tidak akan dapat mengurangkan kuning bayi langsung. #6 HENTIKAN SUSU IBU DENGAN ALASAN SUSU IBU PENYEBAB KUNING Penawar kepada Breastmilk Jaundice adalah SUSU IBU! Para ibu jangan hentikan penyusuan! ***Sepatutnya semua ibubapa kena tahu ilmu basic pasal penyakit baby kuning kerana ia mungkin dapat menyelamatkan masa depan mahupun nyawa cahaya mata sekalian.

SUSU IBU DAN JAUNDIS (BAYI KUNING)? APAKAH KAITANNYA?

SUSU IBU DAN JAUNDIS (BAYI KUNING)? APAKAH KAITANNYA? Penyusuan susu ibu perlu diberi perhatian bagi mengelakkan jaundis yang teruk di samping mengelakalkan penyusuan eksklusif. #1 Mulakan penyusuan dengan betul. * Penyusuan harus dimulakan seawal mungkin , iaitu sejam selepas kelahiran dan perlu menyusu mengikut keperluan bayi ataupun sebanyak 10 hingga 12 kali dalam sehari. * Kolostrum adalah bahan pelawas semula jadi yang menyebabkan najis mekonium di keluarkan daripada usus bayi. * Ia mengurangkan risiko bayi mendapat jaundis yang tinggi selepas itu. Bayi yang mendapat susu yang mencukupi, akan membuang najis dengan kerap dan lebih banyak bilirubin akan dikeluarkan daripada badan. * Secara tidak langsung, ia mengurangkan risiko bayi mendapat jaundis kerana kekurangan susu (breast-non feeding jaundice) #2 Penyusuan berkesan mengurangkan jaundis pada kemudian hari * Kajian sekumpulan penyelidik di Jepun menunjukkan bayi yang disusukan sebanyak sembilan hingga 11 kali dalam tempoh masa 24jam pertama tidak menunjukkan jaundis yang teruk pada hari keenam selepas dilahirkan. * Ini membuktikan penyusuan efektif yang kerap pada hari pertama kelahiran menentukan tahap jaundis bayi beberapa hari selepas itu. * Fakta ini perlu diambil perhatian oleh ibu, keluarga, dan pengamal perubatan. #3 Pastikan bayi mendapat cukup susu *Kertas panduan daripada Persatuan Pediatrik Amerika dan juga daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan kepentingan penyusuan ibu diteruskan dan pastikan berjalan dengan berkesan sepanjang tempoh bayi mengalami jaundis. Ini juga termasuk semasa bayi menjalani rawatan fototerapi. *Pastikan bayi mendapat cukup susu dengan melihat jumlah najis yang dikeluarkan pada setiap hari. #4 Beri perhatian kepada bayi yang mempunyai faktor risiko. Beberapa faktor yang meningkatkan risiko jaundis ialah: * Kumpulan darah ibu dan bayi yang berlainan jenis terutama apabila kumpulan darah ibu adalah O. * Bayi pramatang. * Ibu mengalami penyakit kencing manis. *Bayi yang mengalami lebam kerana komplikasi kelahiran. *Bayi yang kehilangan berat badan melebihi yang sepatutnya selepas kelahiran. *Bagi bayi yang mengalami faktor risiko sebegini, perhatian perlu diberikan pada penyusuan ibu sejak berada di hospital lagi. * Ibu perlu diajar posisi dan cara lekapan yang betul, cara merangsang bayi menyusu, dan sekiranya perlu memerah susu bagi diberikan kepada bayi. *Penyusuan ibu yang berkesan dalam kes-kes sebegini dapat merendahkan paras bilirubin sekiranya bayi mengalami jaundis beberapa hari kemudian. #5 Memberi susu tambahan dalam kes-kes tertentu. Susu tambahan mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu. Ini kerana, bayi mungkin tidak mendapat cukup susu di payudara ibu. Susu tambahan terbaik adalah daripada susu perahan ibu sendiri diikuti oleh susu ibu susuan, dan yang terakhir adalah susu tiruan. Berikut adalah beberapa keadaan yang memerlukan susu tambahan: * Bayi yang kehilangan berat badan melebihi 10 peratus walaupun teknik penyusuan sudah dibetulkan. * Bayi tidak mendapat cukup susu, sama ada ibu menghasilkan susu yang sedikit ataupun bayi tidak dapat menghisap dengan betul. Ia ditentukan menerusi kaedah menimbang bayi sebelum dan selepas penyusuan. *Bayi menunjukkan tanda-tanda dehidrasi seperti kulit dan mulut yang kering, ubun-ubun tenggelam, ataupun kurang kencing. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice