tanda-tanda influenza

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

tanda-tanda influenza

Pencegahan Influenza

SOALAN LAZIM PENYAKIT INFLUENZA Soalan 1: Apakah Influenza? Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.   Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu. Soalan 2: Apakah Gejala Influenza? Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi : Demam Selesema Sakit tekak Batuk Sakit kepala Sakit badan Sukar bernafas Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak) Kerap kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik. Soalan 3: Bagaimana Cara Penularan Influenza? Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut. Soalan 4: Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza? Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun Wanita hamil Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain) Individu obes Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi, dan lain-lain.) Soalan 5: Adakah Terdapat Rawatan yang Khusus bagi Influenza?  Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Soalan 6: Bagaimanakah Cara Mencegah Influenza? Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta. Selain dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut: Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer; Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask); Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan; Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter; Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask). Soalan 7: Mengapakah Vaksin Influenza Perlu diambil Secara Tahunan? Vaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim. Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.  Sumber oleh : Kementerian Kesihatan Malaysia Januari 2020 Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Kenali Gejala Influenza

Posting di atas merupakan perkongsian seorang ibu yang menceritakan ketika anaknya mengalami simptom-simptom terkena jangkitan Influenza A. Virus Influenza tidak lazim lagi di negara kita, beberapa tahun yang lalu pun negara kita sudah digemparkan dengan kes kanak- kanak yang dijangkiti Influenza A malah ada juga sehingga melibatkan kematian. Zaman sekarang ni memegang tittle ibu bapa merupakan satu perkara yang agak mencabar kerana ibu bapa perlu lebih alert dengan keadaan sekeliling kerana semakin banyak penyakit berbahaya yang boleh menjangkiti anak kecil anda. Oleh itu pentingnya memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak supaya dapat melindungi mereka dari terkena penyakit- penyakit berbahaya sebegini. Kali ini kita akan membincangkan mengenai penyakit Influenza . Mungkin ramai ibu bapa yang pernah dengar tentang penyakit ini namun tak mustahil juga ada ibu bapa yang baru mengetahui tentang kewujudan penyakit ini. Perlu diketahui juga penyakit ini bukan sahaja menyerang kanak- kanak malahan ia juga boleh menyerang wanita hamil, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. Apa itu Influenza? Influenza merupakan jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disbabkan oleh virus influenza yang mudah berjangkit.  Influenza juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu : Ramai ibu bapa yang masih keliru untuk membezakan tanda-tanda Influenza dengan demam selsema. Virus penyebab selsema dan virus penyebab influenza merupakan virus yang berbeza. Tanda- tandanya mungkin sedikit sama namun yang membezakan virus penyebab selsema dengan virus influenza ialah ia berlaku dengan cepat dan boleh memberi kesan yang teruk kepada mereka yang telah dijangkiti virus ini.  Jadi apakah tanda-tanda influenza yang perlu ibu bapa tahu.   Demam panas yang berlarutan Sukar bernafas atau nafas pendek Kulit bertukar menjadi biru Sukar minum air Kelihatan keliru atau mengalami sawan Mengalami simptom yang berulang Mempunyai masalah perubatan (asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid dan lain-lain Sumber : theasianparent.com Sekiranya anak- anak atau orang di sekeliling anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas segeralah bawa mereka berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda —>> LIST OF CAR SEAT Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice