tips berpantang

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

tips berpantang

Minuman Ibu Berpantang. 3 Tips Yang Suami Pun Kena Tahu.

Jangan minum air banyak-banyak masa dalam pantang?. Rasanya ramai sudah maklum, perkara ini tidak sesuai.  Terutamanya untuk ibu yang menyusukan bayi.  Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting semasa sedang berpantang, adalah apa yang diminum dan bagaimana caranya. #1 Minum air panas Ibu yang berpantang mesti minum air yang hangat. Hirup dan bukan togok. Air peti sejuk?. Jangan mencari masalah.  Paling tidak, minum air suam.  Anda rasa anda kepanasan kerana pakai baju berlapis-lapis dan berstokin.  Kena pula minum air hangat?.  Percayalah, air hangat memberikan kelegaan dan kesegaran pada badan anda berbanding air sejuk.  Terutamanya ibu menyusu. Payudara anda akan berasa lega dengan air hangat tadi.   #2 Minum sedikit, tapi kerap. Berapa banyak sedikit?. Kekerapan macam mana?. Minumlah dalam kadar suku gelas, setiap kali minum.  Dalam kekerapan setengah jam sekali. Suku gelas dalam anggaran 62.5 ml dan waktu anda berjaga dalam anggara 16 jam atau lebih.  Jika anda konsisten, anda akan minum sekurang-kurangnya 2liter air setiap hari.   #3 Minum air kosong sahaja?. Terpulang.  Tetapi elok juga jika minum air herba yang disarankan bidan atau tukang urut.  Antara contoh resepi air herba yang boleh digunakan adalah seperti di bawah.  Sangat sesuai untuk tambah susu badan, kulit cantik dan melancarkan peredaran darah. . 1 genggam kurma merah 1 genggam longan kering 2 sudu besar barli 4 -5 batang ‘tong sum’ / ‘dong shen’ ( boleh dapat di kedai sensei) 6-7 biji goji Air secukupnya . Rebus semuanya sampai kembang. Tidak perlu letakkan gula kerana rasanya sudah manis. Antara cara yang lain adalah menggunakan slow cooker dan biarkan ia panas sepanjang malam. . Tong sum atau dong shen sangat bagus untuk kulit. Ia dikatakan herba yang murah dengan khasiat yang bagus. Juga merupakan sumber kolagen paling murah.  Penggunaan barli pula bagus untuk melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan risiko kencing kotor.

11 Menu Berpantang

Selepas melahirkan anak, para ibu memang akan melalui proses yang dinamakan sebagai proses berpantang. Dalam sesi berpantang selama 40-44 hari ini, memang anda kena menjaga pemakanan. Ada makanan yang boleh dimakan, dan ada makanan yang tidak boleh dimakan untuk mengelakkan kesan sampingan. Bila semua makanan kena jaga dan banyak pantang larang, bosan juga lah sebenarnya kerana akan ulang menu yang sama setiap hari. Jangan risau, dengan perkongsian dari Puan Najwa Iywa ini, para ibu berpantang tidak akan pening kepala lagi nak fikir menu untuk makan setiap hari. Menu-menu yang dikongsikan pun agak menarik juga semuanya! MENU PERTAMA Sup ikan merah, Sayur sawi lobak putih, Crunchy garlic, Serunding halia, Buah epal manis MENU KEDUA Ikan selar bakar Sup sawi lobak putih Crunchy Garlic Oren manis Air halba panas MENU KETIGA Bubur nasi Ikan merah bakar Crunchy garlic Ulam raja Buah epal manis MENU KEEMPAT Singgang ikan tenggiri Sayur brokoli,lobak merah,sawi,lada hitam,ikan bilis dan bawang. Crunchy garlic Serunding halia Buah oren manis Taburan atas nasi tu habbatus sauda MENU KELIMA Sup tenggiri lada hitam Peria goreng rangup Crunchy garlic Serunding halia Nasi panas gaul dgn lada hitam Air natural flower tea (slimming) + ginger MENU KEENAM Ikan selar steam Sayur sawi + lobak putih Crunchy garlic Air akar kayu MENU KETUJUH Sup sawi + lobak putih Ikan selar bakar Crunchy garlic Air kurma merah + goji + longan kering + gula batu MENU KELAPAN Ikan selar bakar Sayur sawi + lobak putih Crunchy garlic Buah epal manis Air buah KK(banyakkan susu) MENU KESEMBILAN Ikan merah bakar Sayur bebola ikan tenggiri + sawi Crunchy garlic Serunding halia Buah oren manis Air kurma merah + longan kering + goji + gula batu MENU KESEPULUH Ikan selar bakar Ikan masak steam Sayur sawi jepun + lobak putih + lada hitam + ikan bilis + bawang MENU KESEBELAS Bawang putih bakar. Sebekas besar stock bawang putih untuk dibakar,makan dgn nasi panas-panas..Ya Allah sedapnya!! Rasa lembut-lembut macam ubi gitu..ratah camtu je lebih banyak dari mkn dgn nasi. MENU-MENU TAMBAHAN Air akar kayu ^ Minum petang^ Air rebusan kurma+ goji+ longan kering + gula batu ^ Natural flower(slimming) + halia ^ * Semoga dapat menjadi panduan untuk ibu-ibu yang tengah berpantang atau bakal melahirkan nanti! Sumber : www.facebook.com/najwa.iywa

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice