Tips Menyusu

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Tips Menyusu

11 Tips Mengepam Susu Ibu Dengan Lebih Baik

11 Tips Mengepam Susu Ibu Dengan Lebih Baik Kaedah Mengepam Susu Ibu merupakan satu kemahiran seperti juga menyusukan anak. Di sini, terdapat beberapa tips yg ingin saya kongsikan untuk membantu anda memudahkan proses mengepam susu dan membantu anda mendapat “let down reflex” lebih cepat, menghasilkan susu yang lebih banyak dan menjadikan sesi mengepam lebih selesa (convenience). Lakukannya mengikut rutin kebiasaan anda : Tempat, kerusi, air kosong, alatan mengepam. Pastikan segalanya tersedia dalam kedudukan yg sama setiap hari. Selesakan diri anda setiap kali sesi mengepam, elakkan melakukannya dlm keadaan tergopoh-gapah, terkejar-kejar masa..ini akan membantu anda mengepam dengan lebih tenang dan membantu anda untuk mendapat “let down refleks” dengan lebih cepat. Mulakan dengan BISMILLAH dan urutan : Bermula dari bahagian ketiak, gunakan jari dari tangan yg bertentangan untuk membuat urutan bulatan kecil di sekeliling payudara buat berulang-ulang kali. Buat urutan dari dada ke areola juga. Setelah itu lakukan urutan yg sama pada payudara yg di sebelah lagi. Jangan lupa memulakan sesi dengan Bismillahirrahmanirrahim. Minum air masak : Minumlah beberapa gelas air sebelum sesi mengepam dilakukan dan begitu juga selepas selesai mengepam. Bawa bersama gambar anak anda : Sambil mengepam lihatla gambar-gambar anak atau videonya anda juga boleh membawa baju atau selimut yg ada bau baby supaya anda dapat rasakan seperti dia berada dekat dengan anda seperti waktu menyusukannya. Anda juga boleh mengepam sambil menelefon baby sitter apa yg sedang anak anda lakukan waktu itu. Sepanjang mengepam, berzikirlah sebanyak mungkin. Jika tiada video dan gambar anak gantikan dengan membaca AlQuran. Minimumkan kesakitan / ketidakselesaan : Jika pam membuatkan puting anda sakit, cuba gunakan level yg lebih rendah (pam elektrik). Ingat ya..pemilihan pam yang baik bukan ditentukan dengan berapa kuat suction pam tersebut..apa yang penting ibu selesa dan suction pam tidak menyakitkan ibu..lebih rendah level pam lebih baik untuk mengelakkan kesan jangka masa panjang..jadi jika tiada keperluan tidak perlu gunakan level yang terlalu tinggi. Boleh gunakan krim seperti BEPANTHEN jika anda rasa sakit atau tidak selesa selepas mengepam. Mengepam la sekerap anak menyusu (2-3jam) : Jika anda risau tentang production anda yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak, pam lah lebih kerap lagi..atau tambah sesi mengepam dari jadual biasa anda. Ini kerana untuk stimulate lebih byk susu kita perlu PAM LEBIH KERAP BUKAN PAM LEBIH LAMA! saya ulangPAM LEBIH KERAP BUKAN LEBIH LAMA! Mulakan sesi mengepam di awal pagi : Ini kerana waktu pagi, payudara lebih banyak susu kerana badan lebih aktif menghasilkan susu sepanjang malam kerana hormon prolaktin dan oksitosin lebih tinggi di waktu malam dengan syarat anda rajin menyusukan anak sepanjang malam. Ini sangat membantu terutama untuk ibu yang sedang berusaha menambah stok susu. Jika hasil mengepam tidak seperti hasil yang biasa diperolehi periksalah pam anda! : Periksa sama ada semua part telah dipasang betul dan dalam keadaan baik. Perkara tersebut boleh menyebabkan suction akan bermasalah dan susu tidak dapat dikeluarkan dengan lebih lancar menyebabkan payudara tidak dapat dikosongkan dengan betul terutama bila anda sudah mengepam lebih dari 20minit tetapi payudara masih terasa berat lagi. Lakukan tandem pumping : Pamlah ketika anak sedang menyusu di sebelah. Anak anda merupakan penghantar/pencipta signal paling hebat pada otak melalui gaya hisapannya. Kebiasaannya ibu akan mudah merasa let down reflex apabila menyusukan anak berbanding sewaktu sisi mengepam susu. Ini membantu ibu mendapat susu sewaktu anak sedang menyusu melalui payudara sebelah lagi. Pastikan juga anak hanya minum dari sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu dan utk sesi penyusuan seterusnya beri anak payudara yang sebelah lagi. Ada sesetengah ibu menghasilkan lebih banyak susu menggunakan double pam : Secara logic dan teorinya, sememangnya paras hormon prolaktin dalam darah akan meningkat apabila susu dikeluarkan serentak dari kedua-dua payudara. Terdapat banyak jenis pam payudara yg berkualiti dan mudah dikendalikan. Bagaimanapun untuk pengguna pam manual, anda boleh menggunakan 2 unit pam manual untuk melakukan double pumping. Jika sesi mengepam menyakitkan atau membuatkan anda tidak selesa, tukar lah pam anda! : Pemilihan pam amat penting. Sebaiknya pilihlah pam yang mepunyai gred horpital dan tidak menyakitkan. Terdapat banyak jenos pam yang berprestasi tinggi dengan harga mampu milik. Ini kerana, suction yg baik, tidak menyakitkan membolehkan ibu mendapat keselesaan seterusnya susu yg dapat dipam juga lumayan hasilnya. UNTUK KESELESAAN   Pakai lah “two-piece outfits” untuk membolehkan anda mengepam dengan lebih mudah.  Pilihlah baju yang agak longgar yg mudah untuk anda selak ke atas. Nursing blouse juga sangat membantu.   MASA YANG PALING IDEAL SETIAP SESI MENGEPAM : 1. Double Pump : 20 hingga 30minit elakkan mengepam tanpa henti sehingga 1 jam kecuali dgn kaedah Power Pumping! Jika anda rasa payudara masih belum kosong sepenuhnya selepas 30minit mengepam berhenti dahulu dan sambung pam selepas 30minit berehat untuk tambah 10minit lagi. 2. Single Pump : Pam kanan 15-20minit dan kiri 15-20minit  elakkan mengepam tanpa henti sehingga 1 jam kecuali dgn kaedah Power Pumping! Jika anda rasa payudara masih belum kosong sepenuhnya, anda boleh menambah 5 – 10 minit lagi bergilir2.   TIPS TAMBAHAN : 1. UNTUK MENGGALAKKAN PENGELUARAN SUSU LEBIH LANCAR GUNAKAN LEVEL YANG PALING ANDA SELESA ELAKKAN MENUKAR2 LEVEL. 2. MULAKAN DENGAN STIMULATION MODE (URUTAN) SEKURANG-KURANGNYA 2 MINIT. JIKA TIDAK SAMPAI 2 MINIT ANDA TELAH RASA LDR BOLEH TERUS TUKAR KE EXPRESSION MODE 3. SETELAH ITU TERUSKAN SESI MENGEPAN DENGAN EXSPRESSION MODE SEHINGGA MINIT KE 10..JIKA ALIRAN SUSU SEMAKIN PERLAHAN DAN SEOLAH-OLAH MULA BERHENTI MENITIK TUKAR SEMULA KE STIMULATION MODE BEGITU LAH SETERUSNYA HINGGA SELESAI SESI MENGEPAM. #Cc:Kaunselor Laktasi Bertauliah

TIPS PERTAMA KALI IBU SUSUAN

Ibu yang pertama kali hendak menyusukan anak pasti risau kan. Sebab itulah pentingnya first time ibu ni untuk mendapatkan pertolongan samada dari pembacaan ataupun dari pertolongan pakar. Pembacaan boleh dilakukan masa mula pregnant lagi. Banyakkan membaca ok!!! Selepas anak dilahirkan, dalam masa sejam pertama bolehla minta bantuan daripada nurse ataupun doctor di tempat bersalin tu. Kebiasaannya, memang akan dibantu jadi jangan lepaskan peluang untuk bertanya pada yang pakar tentang tips, cara lekapan yang betul, posisi menyusukan yang betul dan lain-lain ilmu berkaitan penyusuan. TIPS SIHAT UNTUK IBU MENYUSUKAN BAYI • Makan mengikut diet yang sihat. Penuhi keperluan pemakanan dengan sihat. Ambil banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Ambil multivitamin secukupnya. • Minum air secukupnya. Walaupun berpantang, pastikan kita dapat penuhi keperluan air yang cukup untuk diri sendiri dan anak. Mana taknya, dah lah tengah nifas, menyusukan anak lagi. Ambil air kosong, jus dan susu yang boleh memastikan bendalir dalam badan kita cukup. • Rehat dengan cukup. Kalau boleh, tidur apabila bayi tidur. • Jangan merokok. Merokok boleh menyebabkan penghasilan susu berkurangan dan terganggu. Merokok jugak boleh mengubah rasa susu dan mengganggu jadual tido bayi. Org yang menghidu asap rokok ataupun second hand smoker pun menanggung risiko yg sama macam org yg merokok. Dalam masa yg sama boleh meningkatkan risiko sudden infant death syndrome ataupun sindrom kematian mengejut di kalangan bayi yang berumur di bawah setahun. Selain daripada tu, risiko asma, nronkitis, pneumonia dan jangkitan telinga pun boleh berlaku. • Berhati-hati dengan pengambilan ubat. Banyak ubat yang selamat diambil oleh ibu yang menyusukan anak. Sebab tu consult dulu dengan doktor sebelum ambil apa2 ubat ataupun suplemen. • Tanya doktor mengenai suplemen Vitamin D untuk bayi lebih2 lagi kalau kita menyusukan anak secara eksklusif. Sebabnya susu ibu mungkin tak menyediakan Vitamin D dengan cukup yang boleh membantu penyerapan kalsium dan fosforus. Bila sebut pasal suplemen, dah tentula kita sebagai ibu yang perlu ambil supaya dapat diserapkan kepada anak melalui susu ibu. Kedai fizikal kami di: SELANGOR Mothers First Choice C-11-1, Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi L 16/L Section 16, 40200 Shah Alam, SELANGOR (Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656) PAHANG Mothers First Choice B-100 Sri Dagangan 2, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, PAHANG (Office: 09 513 1950 / HP: 011 1051 1950)

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice