tips

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

tips

Minuman Ibu Berpantang. 3 Tips Yang Suami Pun Kena Tahu.

Jangan minum air banyak-banyak masa dalam pantang?. Rasanya ramai sudah maklum, perkara ini tidak sesuai.  Terutamanya untuk ibu yang menyusukan bayi.  Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting semasa sedang berpantang, adalah apa yang diminum dan bagaimana caranya. #1 Minum air panas Ibu yang berpantang mesti minum air yang hangat. Hirup dan bukan togok. Air peti sejuk?. Jangan mencari masalah.  Paling tidak, minum air suam.  Anda rasa anda kepanasan kerana pakai baju berlapis-lapis dan berstokin.  Kena pula minum air hangat?.  Percayalah, air hangat memberikan kelegaan dan kesegaran pada badan anda berbanding air sejuk.  Terutamanya ibu menyusu. Payudara anda akan berasa lega dengan air hangat tadi.   #2 Minum sedikit, tapi kerap. Berapa banyak sedikit?. Kekerapan macam mana?. Minumlah dalam kadar suku gelas, setiap kali minum.  Dalam kekerapan setengah jam sekali. Suku gelas dalam anggaran 62.5 ml dan waktu anda berjaga dalam anggara 16 jam atau lebih.  Jika anda konsisten, anda akan minum sekurang-kurangnya 2liter air setiap hari.   #3 Minum air kosong sahaja?. Terpulang.  Tetapi elok juga jika minum air herba yang disarankan bidan atau tukang urut.  Antara contoh resepi air herba yang boleh digunakan adalah seperti di bawah.  Sangat sesuai untuk tambah susu badan, kulit cantik dan melancarkan peredaran darah. . 1 genggam kurma merah 1 genggam longan kering 2 sudu besar barli 4 -5 batang ‘tong sum’ / ‘dong shen’ ( boleh dapat di kedai sensei) 6-7 biji goji Air secukupnya . Rebus semuanya sampai kembang. Tidak perlu letakkan gula kerana rasanya sudah manis. Antara cara yang lain adalah menggunakan slow cooker dan biarkan ia panas sepanjang malam. . Tong sum atau dong shen sangat bagus untuk kulit. Ia dikatakan herba yang murah dengan khasiat yang bagus. Juga merupakan sumber kolagen paling murah.  Penggunaan barli pula bagus untuk melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan risiko kencing kotor.

Tips Penyimpanan Susu Badan Agar Tidak Cepat Rosak

Bagi yang bercadang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ketahui cara penyimpanan susu yang betul. Ini kerana cara penyimpanan yang salah akan membuatkan susu rosak. Ikuti 6 tips mudah ini. 1. IKUT KUANTITI BAYI Simpan susu dalam jumlah yang diambil oleh bayi pada setiap kali penyusuan. Ini akan mengelakkan pembaziran. Kerja juga menjadi lebih mudah. 2. LABEL DENGAN BETUL Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan. Beli sticker dan marker yang murah-murah di kedai-kedai alat tulis. 3. SEDIAKAN RUANG Bukan ruang untuk simpan susu dalam peti sejuk. Maksudnya, jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang. 4. JANGAN CAMPUR Ini penting. Jangan sesekali mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang sudah disimpan. Susu yang elok, mungkin bercampur susu yang tidak elok. Maka semua susu berpotensi jadi rosak. 5. FREEZER PALING SEJUK Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu). Biasanya, ini tempat orang simpan ikan dan ayam, bukan sayur. Tidak perlu beli peti sejuk baru. Kemas, bersihkan dan sediakan ruang untuk simpan susu badan. 6. SEKALI GUNA SAHAJA Guna susu perahan sekali sahaja. Sebab itu diberitahu, simpan ikut kuantiti bayi. Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan. TEMPOH HAYAT SUSU

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice