Anak Cepat Belajar & Jadi Bijak, Ini 5 Mainan Untuk Rangsang Perkembangan Bayi 0-6 Bulan
Bermain adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.Malah, mereka digalakkan mengenal mainan sejak bayi lagi. Hal ini bertujuan bagi merangsang perkembangan otak dan komunikasi mereka dengan kita.Namun, mungkin ada ibu bapa di luar sana terutamanya yang pertama kali memiliki cahaya mata kurang peka dengan pendedahan tentang mainan ini.Oleh itu, di sini kami akan kongsikan antara lima mainan yang boleh menjadikan anak-anak anda bijak sejak mereka masih kecil. 1. Montessori Baby Flash Card Selepas bayi dilahirkan, mata mereka belum sempurna untuk melihat. Mereka hanya dapat melihat warna hitam dan putih dengan jarak sekitar 10 ke 25 cm ketika berusia 0-1 bulan. Flash stimulus card ini boleh membantu penglihatan bayi supaya lebih jelas dan fokus. Ia ada empat jenis warna berlainan dari bayi berumur 0 hingga 36 bulan. 2. Baby Play Gym & Music Toy Play gym ini adalah salah satu mainan yang menarik minat bayi untuk menggerakka badan dan kaki mereka. Selain itu, mainan gantung dapat membantu merangsang pancaindera bayi usia 1-4 bulan. Bayi akan memberikan tindak balas apabila mendengar bunyi yang keluar dari mainan. 3. Soft Toys Mainan lembut ini pula dapat merangsang pergerakan tangan bayi semasa mereka sedang baring. Ibu atau bapa boleh bagi mainan lembut ini untuk anak fokus pada sesuatu benda. 4. Soft Books Bila sudah berusia lima bulan, bayi sudah boleh menggosokkan tangannya terhadap pelbagai permukaan. Jadi, anda bolehlah bagi mainan dengan pelbagai tekstur bagi merangsang minda si kecil. Warna yang terang di buku juga boleh menarik perhatian mereka. Mainan bola lembut ini pula berfungsi untuk menggalakkan pergerakan jari bayi. Jika bayi sudah mula merangkak, mainan ini boleh membantu merangsang kemampuan mereka untuk terus merangkak ke depan.