Jom Kenali 6 Penyakit Sering Menyerang Bayi & Kanak-kanak

Sudahkah anda vaksin anak anda? Mungkin ada sesetengah parents yang memandang ringan tentang kepentingan vaksin ni. Tapi tahu tak yang vaksin ni boleh mencegah anak anda dari terkena penyakit yang boleh membawa maut. Contohnya macam penyakit difteria. Apa tu penyakit difteria? Mari kita kenali penyakit ini dengan lebih dalam. 1.Difteria Penyakit Difteria kanak-kanak kebiasaannya akan menjangkiti bahagian tekak seperti gambar di atas. Bahagian tekak yang dijangkiti adalah seperti bahagian tonsil, farinks, larinks dan hidung. Kanak-kanak yang berusia bawah dari 15 yang belum dapat imunisasi memang mudah untuk dijangkiti penyakit ni. Penyakit difteria ni boleh membawa maut tau sebab boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, saraf dan pernafasan dan senang berjangkit melalui batuk / bersin dan sentuhan fizikal. Antara tanda-tanda anak anda dijangkiti difteria adalah demam, sakit tekak, terdapatnya lapisan selaput nanah berwarna kelabu kehijauan pada saluran kerongkong, sakit semasa menelan atau terdapatnya bengkak pada bahagian leher dan menghadapi masalah pernafasan. Jika anak anda mengalami symptom symptom ini segeralah bawa anak ke klinik untuk membuat pemeriksaan. 2.Tetanus Semua tahu tak apa itu penyakit tetanus. Penyakit tetanus ni dalam bahasa mudahnya kita panggil penyakit kancing gigi. Neurotoksin berbahaya yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium dalam tisu mati seperti luka yang kotor  adalah punca gejala jangkitan ini berlaku. Penyakit ini boleh membawa maut terutama sekali boleh menyerang mereka yang tak pernah ambil pellaian. Antara symptom utama penyakit ini adalah kekejangan. 3.Pertussis    Seterusnya, jom kenali penyakit pertussis. Pertussis juga dikenali sebagai batuk kokol yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Bordetella Pertussis akut dan melibatkan saluran pernafasan. Penyakit ni boleh dijangkiti melalui udara seseorang yang dah dijangkiti pertussis. Parents pun kena beware sebab peyakit ni boleh dijangkiti tak kira usia tapi bayi berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini. Tanda tanda anda dijangkiti penyakit ni ia bermula dengan batuk gatal dan berterusan jadi batuk berulang dan makin lama makin teruk biasanya dalam tempoh 1 ke 2 minggu dan berlarutan hingga 1 ke 2 bulan atau lebih. Pesakit mungkin akan mengalami batuk yang disusuli muntah dan kahak pula bewarna jernih. Kalau anda ada tanda tanda penyakit ni make sure pergi jumpa doctor dengan segera sebab penyakit ni boleh bahayakan orang sekeliling anda kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain dalam tempoh minggu pertama gejala batuk bermula. 4.Hib Penyakit seterusnya ni adalah penyakit penyerang dalam diam iaitu Haemophilus influenza jenis b (Hib). Penyakit ni boleh mengancam nyawa. Ia boleh berjangkit tanpa kita sedar melalui sentuhan dan titisan batuk atau bersin seseorang yang sudah dijangkiti. Antara symptom paling lazim (pneumonia) penyakit ni ialah demam tetapi untuk orang dewasa akan mempunyai suhu badan lebih rendah daripada normal. Kemudian disusuli dengan batuk, sesak nafas, kesejukan, berpeluh, sakit dada yang dating dan pergi setiap kali bernafas, sakit kepala, sakit otot dan keletihan melampau. Simptom kedua paling lazim (bakteremia) ialah demam, kesejukkan, keletihan melampau, sakit perut, mual, muntah, cirit-birit, kebimbangan, sesak nafas dan status mental terjejas(kekeliruan). Akhir sekali symptom ketiga paling lazim (meningitis) ialah demam, sakit kepala,leher tegang, mual, muntah, sensitivity terhadap cahaya meningkat(fotofobia) dan satus mental terjejas(kekeliruan). Bayi yang mempunyai symptom ini biasanya akan kelihatan lesu atau mudah marah dan mereka juga mungkin muntah atau enggan makan. Jadi kalau anda atau anak anda ada symptom yang dinyatakan di atas pergilah jumpa doctor dengan segera untu dapatkan rawatan. Penyakit ni boleh dielakkan dengan mendapatkan vaksin Hib.  5.Polio           Penyakit polio atau poliomyelitis adalah penyakit saraf yang disebabkan oleh virus polio. Penyakit ini disebabkan oleh infeksi virus dan sangat mudah tersebar. Penyakit ini boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja tak kira usia terutamanya mereka yang belum menjalani imunisasi polio. Penyakit polio menyebabkan gangguan saraf pernafasan sehingga kan mengalami kesulitan untuk bernafas. Gejala penyakit ni ada 2 jenis. Untuk polio nonparalisis iaitu yang tidak menyebabkan kelumpuhan akan mula muncul seawal 6-20 hari anda dijangkiti. Antara gejalanya ialah demam, sakit kepala, radang tenggorokan, muntah, otot terasa lemah, kaku di bahagian leher dan punggung, nyeri dan tiada rasa di bahagian lengan atau tungkai. Untuk gejala polio paralisis pula ia agak berbahaya sebab boleh menyebabkan lumpuh. Antara simptomnya adalah hilangnya reflex tubuh, ketegangan otot yang terasa nyeri dan tungkai atau lengan terasa lemah. Penyakit ini boleh dicegah melalui imunisasi polio yang diberikan 4 kali dalam 3 bulan pertama sejak anak lahir. 6. Hepatitis B Penyakit berbahaya terakhir ialah hepatitis B  juga penyakit yang mudah menular. Penyakit ini tersebar melalui virus hepatitis B dari orang lain ke orang lain melalui darah, air mani atau cairan tubuh lain yang dijangkiti virus hepatitis B. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan, penggunaan alatan yang tidak di steril ketika menjalani rawatan gigi, menerima suntikan dari jarum yang tidak di steril di hospital, perkongsian alat yang sudah dijangkiti seperti pencukur berus gigi dan sebagainya atau mudah dijagkiti melalui luka terbuka. Wanita mengandungi yang terkena jangkitan Hepatitis berisiko menjangkiti bayinya semasa bersalin. Tanda- tanda penghidap penyakit hepatitis B ialah rasa nyeri di perut, urin bewarna gelap seperti teh, demam, nyeri sendi, hilang nafsu makan, mual dan muntah, kelemahan dan kelelahan dan kulit serta bahagian putih mata menguning(jaundice).   Kebanyakkan penyakit di atas boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin atau imunisasi yang dikhaskan. Jadi ibu bapa kena ambil berat tentang pengambilan vaksin atau imunisasi anak-anak ni sebab penyakit-penyakit ni mudah berjangkit kepada orang lain dan boleh membahayakan nyawa. Sekiranya ada tanda-tanda gejala penyakit yang disenaraikan di atas cepat-cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Semoga perkongsian di atas bermanfaat dan boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa untuk menjaga kesihatan diri dan anak-anak. Klik link di bawah untuk membuat pilihan barang keperluan bagi si manja anda –>> BARANG KEPERLUAN BAYI Nak survey barang bayi? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih barang bayi yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang” [ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]