Kebaikan Susu Formula atau Susu Rumusan kepada Si Manja

SUSU FORMULA: APAKAH KEBAIKAN DAN RISIKO KEPADA SI MANJA?

Apakah Kebaikan dan Risiko Terhadap Si Manja ? Pemilihan pemakanan bayi adalah berdasarkan kepada situasi masing-masing. Setiap pilihan pemakanan bayi mempunyai kebaikan dan keburukan. Ibu perlu membuat pilihan yang terbaik untuk si manja. Susu formula atau susu rumusan merupakan makanan yang diperkenalkan atau dijual sebagai alternative kepada susu bagi makanan bayi. Produk ini diproses daripada sumber susu lembu atau haiwan lain ditambah dengan unsur-unsur daripada haiwan termasuklah ikan dan tumbuhan yang sesuai bagi pemakanan bayi. Kebaikan Susu Formula atau Susu Rumusan kepada Si Manja : Memberi hanya rumusan bayi, tidak membawa sebarang risiko jangkitan HIV kepada bayi. Kebanyakan nutrien yang diperlukan bayi telah ditambah ke dalam rumusan bayi. Ahli keluarga boleh membantu dalam penyusuan bayi sekiranya ibu sakit atau sehingga ibu sembuh. Risiko Susu Formula atau Susu Rumusan kepada Si Manja : Berbeza dengan susu ibu, rumusan bayi tidak mengandungi antibody yang melindungi bayi daripada jangkitan. Bayi yang diberikan susu rumusan akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit yang serius seperti cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan kurang zat makanan, terutamanya jika rumusan bayi tidak disediakan dengan betul. Ibu perlu memberhentikan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk mengelakkan penyusuan campuran yang boleh meningkatkan risiko jangkitan HIV. Ibu memerlukan air yang bersih dan bahan api untuk memasak air sehingga mendidih dan menggelegak selama 1-2minit untuk menyediakan susu rumusan bayi. Manakala sabun juga diperlukan untuk membasuh cawan bayi. Memberi susu rumusan mungkin akan memberi tanggapan yang negative terhadap ibu. Rumusan bayi memerlukan banyak masa untuk penyediaan dan perlu dibancuh untuk setiap penyusuan. Rumusan bayi adalah mahal. Ibu perlu sentiasa mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk membelinya. Seorang bayi memerlukan 40 tin (500g) untuk 6 bulan pertama. Ini akan meningkatkan jumlah perbelanjaan sebulan iaitu lebih kurang RM200 sebulan atau RM1200 untuk 6 bulan (RM30 X 40TIN / 6 Bulan). Bayi perlu minum melalui cawan. Ibu boleh belajar bagaimana untuk memberi bayi minum melalui cawan walaupun akan mengambil masa untuk mempelajarinya. Ibu mungkin hamil lagi dalam jangka masa yang singkat kerana tidak ada perlindungan kehamilan melalui penyusuan susu ibu. Klik link di bawah untuk membeli Car Seat —>> Car Seat untuk Si Manja Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.  “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”