??????? ???? ?????? ??? ?????
Ibu mengandung sangat disarankan untuk memakan banyak buah-buahan kerana buah mengandungi sumber vitamin yang baik untuk ibu hamil. Terdapat pelbagai jenis buah-buah
yang sesuai untuk ibu mengandung seperti :
? ???? ????
Buah epal adalah sangat baik diambil oleh ibu hamil kerana mengandungi nutrisi yang tinggi. Kandungan vitamin yang terdapat didalam buah epal dapat membantu ibu hamil dalam perkembangan janin. Selain itu juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan dihidrasi.
?? ????? ???
buah jambu air juga merupakan diantara buah yang mengandungi banyak vitamin. Selain itu, jambu air juga mengandungi kadar air yang tinggi untuk menghindari ibu hamil dari dihidrasi.
? ??????
Buah anggur merupakan buah yang mengandungi antioksidan yang bermanfaat untuk mencegah penyakit kanser. Sebatian polifenol dan resveratol yang berfungsi untuk menjaga metabolisma tubuh dengan penyerapan zat besi.
????? ????
Buah Naga merupakan buah bagus untuk ibu hamil kerana memiliki khasiat yang tertinggi. Diantara manfaat buah naga pada ibu hamil adalah mengandungi vitamin C, serta karbohidrat, Asid Folic, Karoten dan juga serat yang sangat baik untuk ibu hamil. Asid Folat amat diperlukan bagi ibu hamil untuk pembetukan sel darah merah. Apabila seorang ibu , yang kekurangan asid folat, dia akan mungkin akan mempunyai risiko melahirkan bayi dengan cacat pada bahagian sistem saraf otak atau cacat pada tabung saraf (Neural Tube Deffect). Selain itu, karbohidrat pada buah naga juga membekalkan energi yang sangat penting untuk semua orang namun sangat bermanfaat untuk seorang ibu hamil yang sering cepat penat. Buah naga juga memiliki kandungan kalsium, yang merupakan salah satu nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil dan juga bayinya.
??????????
Buah strawberi mengandungi banyak vitamin seperti omega 3, dan magnesium. Khasiat buah strawberi untuk ibu hamil adalah sebagai penambah selera makan.
?????
Buah ceri ini juga bermanfaat untuk ibu hamil. Khasiatnya mampu menenangkan saraf kerana kandungannya mampu melancarkan aliran darah ke otak, mencegah kanser, mencegah penuaan awal dan anti peradangan.
????????
Buah apricot ini mengandungi asid folic, kalium, dan vitamin B Kompleks yang tinggi kerana zat-zat ini sangat bermanfaat untuk perkembangan otak dan tulang belakang bayi yang dalam kandungan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat berguna kepada ibu-ibu hamil diluar sana ye! ?