Perkara Yang Perlu Diketahui Ibu bapa Yang Mempunyai Anak Kembar

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Perkara Yang Perlu Diketahui Ibu bapa Yang Mempunyai Anak Kembar

Tips untuk mengendalikan anak/bayi kembar yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa.

?. ?????? ????????
Mengikuti komuniti yang khusus untuk mengetahui cara-cara serta membantu ibu bapa dalam menguruskan anak kembar mereka seperti masuk ke dalam group facebook Kumpulan Bayi Anak Kembar. Saling Berkongsi pengalaman mereka yang mempunyai anak kembar juga akan
meringankan beban dan dapat mengatasi stress kerana membesarkan anak kembar ini adalah satu tanggungjawab yang paling mencabar.

?. ????? ???????
Menjaga anak kembar bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan bantuan dari saudara atau rakan kerana mereka juga akan maklum jika
ibu bapa ini sangat memerlukan bantuan dalam menguruskan anak kembar.
Berbincang dengan pasangan bagaimana cara untuk dapat berkerjasama dalam menguruskan anak kembar supaya kedua-dua ibu bapa tidak merasa penat.

?. ???? ?????? ????? ????? ?? ??????
Melakukan jadual rutin ini perlu dilakukan sebaik sahaja bayi kembar dilahirkan bagi mengatasi pengurusan membesarkan mereka terkawal dan terjaga rapi. Untuk permulaan catatkan waktu tidur, waktu menyusu, tukar lampin, waktu bangun, dan waktu menangis. Pelajari perkembangan semasa anak-anak kembar anda dan jika mereka memerlukan sesuatu secara bersamaan dengan kembarnya.

Setelah mengetahui pola atur jadual serta rutin si kembar. Jangan risau sekiranya anda membangunkan mereka tidur, menyusukan sebelum mereka meminta. Menukar lampin dalam waktu-waktu tertentu secara rutin tanpa perlu menunggu lampin betul-betul penuh serta aktiviti yang lainnya. Bayi yang diajar sejak awal untuk memiliki jadual yang teratur akan mampu diadaptasikan dengan rutin tersebut dan ibu bapa perlu komitmen untuk melakukan jadual bayi kembar ini. Jika ada individu lain yang turut sama membantu anda boleh juga menerapkan jadual ini bersama-sama. Perlu diingatkan juga anda perlukan rehat.

?. ?????????? ????
Disaat menjaga bayi kembar, anda tidak berkesempatan untuk menyusukan secara Breastfeed kedua-keduanya dalam waktu yang sama. Latihla bayi anda untuk menyusu menggunakan botol. Jika anda mempunyai pam, boleh pam susu kemudian disimpankan ditempat beku jika anda hendak menggunakan boleh dikeluarkan dan dipanaskan semula untuk diberikan kepada bayi anda. Kaedah ini sangat praktikal jika anda hendak Travel.

?.????? ????? ?????????? ????
Telah menjadi tradisi yang biasa dilakukan oleh ibu bapa dengan anak kembar mereka seperti memakaikan mereka baju yang sama warna. Melihat anak-anak memakai baju yang sama memang comel, namun ini akan membuat mereka bingung dengan identitinya sendiri kerana mereka ini sering dianggap sama. Sejak kecil, biasakan anak dengan identitinya sendiri kerana ini akan membantu mereka menghadapi masalah yang berbeza dengan situasi berbeza. Memperlakukan anak kembar dengan kesamaan dari semua aspek ini akan membuat proses mencari jati dirinya terganggu.

?. ?????? ??????????-?????????? ???? ??????
Revolusi perbandingan persamaan diantara anak-anak kembar ini akan sering berlaku. Namun, perkara ini bukan satu revolusi yang sihat kerana mereka telah dibiasakan dengan memiliki sesuatu yang sama. Disaat ibu bapa yang memperlakukan anak kembar ini secara perbandingan dari segi pencapaiannya ini akan mewujudkan revolusi yang kurang sihat diantara mereka akan merasakan tidak diperlakukan dengan adil dan harus bersaing dengan kembarnya demi memperolehi perhatian dari ibu bapa dan akan menyebabkan anak kembar ini mengalami tekanan. Semoga info ini dapat memberi sedikit sebanyak untuk membantu ibu bapa yang diluar sana yang mempunyai anak kembar.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice