#1 Waktu yang sesuai untuk menggunakan puting kosong

Puting kosong dikatakan amat bermanfaat kepada bayi pramatang. Ada kajian telah membuktikan bahawa ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan berat badan bayi dengan lebih cepat serta mengurangkan komplikasi semasa dalam pemantauan hospital.

Menurut Kristine Petterson Sleep Consulting, puting kosong juga sesuai untuk bayi baru lahir kerana ia amat efektif menenangkan bayi yang ‘overstimulated’ atau terlampau letih ketika menghampiri waktu tidur. Di samping itu, penggunaan puting ini mampu memanjangkan waktu tidur mereka kerana ada sesetengah bayi cepat terjaga dan begitu sensitif terhadap sehalus-halus bunyi mahupun cahaya.

#2 Sesuaikah puting kosong untuk bayi yang menyusu badan?

Tiada masalah jika anda yang menyusu badan mahu memberikan bayi puting kosong. Walaupun ada dahulunya ada kajian yang mengatakan ia menyebabkan bayi ‘keliru puting’, tapi sesetengah kajian pula membuktikan sebaliknya.

Apapun, seeloknya anda menunggu sehingga anda mahir dengan proses serta dapat membiasakan bayi dengan rutin menyusu badan. Menurut American Academy of Pediatrics, pastikan juga bekalan susu anda telah terhasil dengan konsisten dan bayi tidak mengalami sebarang masalah lain berkaitan penyusuan badan.

Dalam sebuah artikel MayoClinic.org, waktu yang sesuai untuk memperkenalkan bayi kepada puting kosong bagi bayi yang menyusu badan adalah sekitar 3-4 minggu.

#3 Biar bayi anda yang mentukan rentak

Hadkan penggunaan puting kosong dengan memahami rentak bayi. Jika bayi tidak mahu menghisap ketika anda memberikan puting, maka jangan dipaksa. Jika bayi anda mengeluarkan puting ketika terlelap, jangan masukkan kembali ke dalam mulutnya.

#4 Jangan terus bagi puting bila bayi sedang menangis

Seperkara lagi, pemberian puting kosong tidak seharusnya menjadi tindakan pertama yang anda lakukan apabila bayi menangis. Cuba tepuk-tepukkan sedikit badannya, periksa lampinnya, menyanyi, mendodoikannya atau alih perhatiannya terlebih dahulu. ekiranya semua tak berhasil, maka barulah tawarkan puting kosong kepada bayi.

#5 Cuba hadkan pemberian puting kosong hanya semasa waktu tidur

Dengan mengehadkan pemberian puting kosong hanya semasa waktu tidur, secara tak langsung bayi akan mengaitkan puting kosong dengan waktu tidur sahaja. Sebaliknya jika ia ditawarkan kepada bayi setiap kali dia merengek, bayi akan merasa ‘perlu’ menghisap puting dalam apa jua keadaan yang tidak menyenangkan untuk membantunya berhenti menangis.

Inilah yang boleh membuatkan bayi berasa terlebih ‘attached’ dengan puting dan sukar menghentikan tabiat tersebut apabila semakin besar.

#6 Pilih puting yang betul-betul sesuai

Penting untuk ibu bapa faham bahawa terdapat banyak jenis puting kosong yang dijual di pasaran. Ia juga terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk.

Carilah bentuk yang paling sesuai dengan keselesaan mulut bayi anda untuk mengelakkan sebarang masalah seperti tercekik atau kembung.

#7 Bilakah waktu yang sepatutnya bayi berhenti hisap puting

Kebanyakan ibu bapa berasa takut nak menggunakan puting kosong sebab takut ia menjadi tabiat yang sukar dihentikan.

Menurut BabyCentre, jika anda ingin memastikan anak tak menjadi ‘ketagih’ pada puting kosong, usaha menghentikan penggunaannya sebelum mencapai usia 1 tahun.

No Comment

You can post first response comment.

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter a message.