fbpx

Puting bayi juga membantu bayi meningkatkan berat badan dengan lebih cepat disamping mengurangkan risiko dan komplikasi semasa proses pemantauan hospital. Namun diingatkan, jangan menggunakan puting secara berlebihan kerana ia juga akan memberi impak negatif kepada bayi seperti bayi tidak mahu menyusu atau makan.

  • Puting bayi yang digunakan di botol susu
  • Puting bayi yang digunakan untuk menghisap

Kedua-dua puting bayi ini boleh anda pilih berdasarkan faktor-faktor seperti umur bayi, bentuk puting dan sebagainya. Jom baca 7 tips pilih puting bayi dengan betul.

#1 Bentuk

Ada sesetengah bayi yang memang cerewet dengan bentuk dan jenis puting yang mereka hisap. Jika mereka menolak untuk meminum susu botol, periksa semula jenis puting yang anda gunakan. Cuba untuk tukar puting yang mempunyai saiz lebar dan menyerupai payudara ibu.

Cuba susukan bayi secara perlahan-lahan, mungkin mereka akan lebih suka dan terbiasa dengan bentuk tersebut. Bentuk puting bayi paling baik adalah yang berbentuk seperti putting payudara ibunya.

Anda juga digalakkan membeli dan mencuba satu persatu bentuk puting botol yang sesuai dan disukai oleh bayi. Ada botol susu, putingnya Panjang, ada yang pendek dan juga yang agak keras dan lembut. Biasanya puting yang warna kuning lebih lembut dan paling disukai oleh bayi.

#2 Harga

Kalau mengikut harga pula, bukan semua yang murah itu lebih bagus daripada yang mahal. Kadang-kadang harga yang murah itu selalunya tidak mudah tahan lama. Kualitinya tidak setanding kualiti puting yang mahal.

Harga sebuah puting bayi boleh didapati dengan harga bermula RM10 dan ke atas. Selalunya ada sahaja yang menjual dengan harga RM10 ke bawah tetapi selalunya kualiti pada puting tersebut sangat rendah dan tidak betahan lama.

#3 Guna puting ortodontik

Puting ortodontik dibentuk untuk menggalakkan bayi menghisap sama cara seperti menyusu badan. Puting bayi ini selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi daripada tercekik atau menelan puting itu.

Putting bayi yang diperbuat daripada getah ini bertahan lebih lama daripada yang lain. Sangat ramai para ibu memilih puting ortodontik ini kerana dapat menghalang bayi daripada tersedak susu. Hal ini juga boleh dititikberatkan bagi bayi yang pramatang kerana ada sesetengah bayi tidak dapat meminum susu badan secara normal kerana ia masih lagi kecil.

#4 Lembut dan fleksibel

Ada sesetengah bayi yang suka puting jenis yang lembut dan fleksibel tetapi kekadang ada sebahagian puting tersebut tidak tahan lama. Ia bergantung kepada ibu bapa untuk memilih apa yang bayi suka.

Puting bayi mempunyai ciri seperti lembut dan fleksibel ini membuatkan bayi anda berasa selesa. Ia sangat disukai oleh bayi dimana teksturnya lembut dan ia menjadi permainan kepada bayi kerana sangat selesa untuk mengigitnya.

#5 Lubang pada puting yang tidak terlalu besar

Lubang pada puting bayi ini sangat penting dan perlu dititik beratkan kerana jika bayi tersedak susu, ia mungkin disebabkan lubang pada puting yang besar. Bayi akan minum secara perlahan jika lubang pada puting itu kecil dan bagus untuk bayi.

Jika lubang pada puting itu besar, aliran air yang mengalir menjadi laju dan ia sangat tidak sesuai untuk bayi anda. Tetapi boleh jadi juga, bayi anda tidak puas minum susu jika lubang puting itu terlalu kecil.  Jika itu yang berlaku, ibu bapa harus memastikan saiz lubang puting yang sesuai untuk bayi anda supaya mereka mencapai tahap kepuasan yang tinggi semasa minum susu.

Ibu bapa perlu berjaga-jaga kerana ada sesetengah bayi yang suka mengigit puting tersebut menyebabkan lubang puting terkoyak kuat. Perkara ini perlu diberi perhatian supaya bayi anda tidak tertelan serpihan puting yang koyak dan ini boleh menyebabkan kematian akibat tercekik.

#6 Mengikut faktor umur yang sesuai

Bukan semua bayi harus menggunakan puting! Bagi bayi yang baru sahaja lahir atau masih awal dan kecil lagi digalakkan minum susu badan sahaja. Manakala bagi bayi yang berumur 1-2 tahun boleh sahaja menggunakan puting.

Ada sesetengah ibu bapa yang ada kerjaya telah mengajar bayi mereka supaya memakai puting dari kecil lagi kerana ia memudahkan urusan kerja mereka. Seharusnya perkara ini tidak patut digalakkan kerana bayi masih baru dan mereka haruslah minum susu badan sepuasnya dan masih terlalu awal untuk memberinya minum susu menggunakan puting bayi.

Lama kelamaan, mereka akan jarang minum susu badan kerana dah terbiasa dengan susu botol. Jika minum susu botol pula, bayi akan menjadi ketagih untuk terus menyusu menggunakan susu botol.

#7 Saiz

Setiap puting ada saiz yang berbeza terdiri daripada kecil, sederhana dan besar. Saiz putting ini juga akan mengikut saiz botol yang digunakan. Secara umumnya usia bayi bukanlah pengukur kepada saiz botol. Namun pada kelazimannya bayi yang berusia 6 bulan ke bawah akan menggunakan botol yang sesuai iaitu 160ml kerana faktor saiz botol yang kecil.

Untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, pemilihan botol susu bergantung kepada jumlah susu yang diminum oleh bayi. Segelintir ibu memberi bayi mereka minum susu pada kadar yang kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

One Response Comment

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter a message.