Nak Berpantang Sendiri? #4 Perkara Wajib Perlu Ambil Tahu

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Nak Berpantang Sendiri? #4 Perkara Wajib Perlu Ambil Tahu

Kebanyakkannya wanita dalam kalangan masyarakat kita gemar untuk amal cara berpantang sendiri selepas bersalin dan ia memang pilihan tepat. Hal ini kerana berpantang selepas bersalin memang sangat perlu bagi memastikan tubuh badan si ibu mampu pulih dan sembuh seperti sediakala.

Terpulanglah kepada anda sama ada ingin menggunakan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional, asalkan ia dilakukan dengan betul.

CARA BERPANTANG SENDIRI:

Selepas melahirkan anak, ada satu tempoh di mana wanita memerlukan penjagaan yang panjang lagi rapi bagi memastikan tubuh badan sihat dan kuat kembali. Tempoh ini dinamakan sebagai ‘tempoh pantang’ dan ia berbeza bergantung kepada kaum, tradisi serta tahap kesihatan tubuh badan seseorang wanita itu.

Dalam kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu, tempoh ini kebiasaanya berlarutan selama 44 hari ataupun 100 hari mengikut pilihan si ibu sendiri. Ketika ini, ibu sangat tidak digalakkan untuk banyak bergerak dan beraktiviti kerana berehat dengan cukup adalah keutamaan yang wajar diikut.

Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh para ibu jika mahu berpantang sendiri?

PERKARA UTAMA

Golongan ibu muda yang baru pertama kali bersalin, berpantang bukanlah suatu perkara yang mudah kerana belum cukup pengetahuan dan pengalaman. Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian bertanyakan pendapat kepada pakar sama ada perlu buat cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional.

Tanpa mengira cara yang dipilih, anda perlu pastikan bahawa ada beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian sebagai cara berpantang sendiri.

#1 Dapatkan rehat yang secukupnya

Semasa tempoh ini, perkara paling utama yang perlu wanita buat adalah berehat untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang penat dan lemah. Manakan tidaknya, anda perlu berjaga malam dan menyusu bayi yang memerlukan 100% perhatian daripada anda, jadi sila dapatkan rehat yang cukup. Antara tips yang mungkin kami boleh berikan di sini adalah untuk anda tidur pada waktu yang sama bayi anda tidur.

#2 Amalkan diet yang sihat

Selain itu, wanita juga perlu untuk makan dan minum secara seimbang bagi mendapatkan kembali nutrien yang mungkin sudah banyak kehilangan. Oleh itu, sila ambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, serat, protein dan lain-lain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat. Buat anda yang menyusu badan, jangan lupa untuk minum lebih banyak air bagi menggantikan semula cecair dalam badan!

#3 Jangan malas untuk bersenam

Jangan salah sangka, anda mungkin tidak perlu untuk terus bersenam sehari, seminggu atau sebulan selepas anda melahirkan bayi. Sebaliknya, dapatkan nasihat pakar tentang waktu yang sesuai untuk kalian kembali aktif bagi memastikan tubuh badan kekal cergas.

Namun adalah sangat penting untuk anda tidak melakukan senaman yang berintensiti tinggi, tapi mulakan dengan berjalan atau berjoging.

#4 Minta bantuan orang lain

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, sila dapatkan bantuan daripada pakar, keluarga serta rakan untuk membantu anda ketika ini. Sebagai contoh, anda mungkin memerlukan pasangan untuk melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

Paling penting, kalian juga mungkin mahu melanjutkan cuti bersalin jika bekerja untuk memastikan tubuh badan bersedia sebelum kembali ke pejabat.

Biasakan diri dengan perubahan!

Ketika anda sedang menjalani cara berpantang sendiri di rumah, tidak dinafikan mungkin akan berlaku banyak perubahan pada diri anda. Selain perubahan pada aspek mental, anda juga mungkin akan perasan bahawa perubahan juga berlaku pada aspek fizikal yakni tubuh badan.

Oleh itu, anda perlu biasakan diri dengan perubahan yang biasa terjadi seperti berikut dan amalkan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional:

Pembengkakan buah dada

Untuk pengetahuan anda, payudara wanita akan membengkak dan membesar ekoran penuh dengan susu beberapa hari selepas bersalin. Ia adalah normal namun akan menyebabkan ketidakselesaan yang boleh dikurangkan dengan tuaman. Jika ia turut melibatkan kerengsaan pada puting, anda mungkin boleh dapatkan krim dari doktor untuk mengurangkan rasa sakit dan ngilu tersebut.

Perubahan dinding pelvik

Kawasan di antara rektum dan faraj (perineum) biasanya akan mengembang dan terkoyak ketika proses melahirkan bayi secara normal. Bagi memulihkan kembali perubahan pada dinding pelvik ini, terdapat beberapa kaedah yang mungkin boleh anda cuba termasuklah:

– Senaman Kegel

– Duduk di atas bantal

– Tuam kawasan terbabit

Dalam pada itu, sila elakkan sebarang aktiviti lasak seperti mengangkat barangan berat ketika ini untuk elak dinding pelvik menjadi lebih teruk.

Sembelit

Adalah tidak pelik jika wanita hamil lepas bersalin itu mengalami sembelit selepas bersalin, jadi cara berpantang sendiri itu adalah sangat penting. Antara petua yang mungkin kalian perlu cuba adalah ambil lebih banyak serat dan air untuk merangsang aktiviti usus agar lebih lancar. Bersangkutan dengan dinding pelvik juga, Kegel adalah senaman terbaik yang boleh membantu menguatkan otot dan usus yang sudah lemah.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice