10 Impak Negatif Baking Soda pada kesihatan, Jangan Asal Pakai Je!

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

10 Impak Negatif Baking Soda pada kesihatan, Jangan asal pakai.

bake, ingredients, flour-5978166.jpg

Baking Soda atau natrium bikarbonat merupakan bahan yang sudah tidak asing dalam makanan. Baking soda kerap digunakan sebagai pengembang kuih,biskut dan pelabagai makanan lain. Tidak cuma itu, baking soda kerap digunakan sebagai bahan alternatif untuk perawatan kulit, gigi, hingga kesihatan.

Serbagunanya baking soda membuatkan bahan ini banyak digunakan. Namun, penggunaannya yang berlebihan dapat menimbulkan kesan sampingan. Baking soda dapat memberi kesan negatif kepada kesihatan.Kesan negatif ini dapat dirasakan pada jangka panjang mahupun jangka pendek. Dengan mengetahui impak negatif baking soda dapat membuat anda lebih berwaspada saat menggunakannya.

Berikut merupakan impak negatif kepada kesihatan:

Kadar Natrium Tinggi

Baking soda termasuk dalam jenis natrium atau garam. Pengambilan baking soda dapat meningkatkan kadar natrium dalam darah. Natrium dalam badan boleh menyebabkan air kekal dalam badan. Pengekalan air dalam badan boleh menyebabkan pembengkakkan pada tubuh, dehidrasi, dan kehilangan elektrolit. Baking soda juga tidak boleh diambil berlebihan oleh penderita darah tinggi dan jantung kerana dapat menimbulkan gejala penyakit jantung yang kronik

Menyebabkan ketidakseimbagan elektrolit

Baking soda boleh mengganggu keseimbangan elektrolit dalam badan. Meminum terlalu banyak baking soda dapat mengganggu aktiviti otot, jantung, dan otak. Baking soda boleh menyebabkan gangguan elektrolit seperti hipernatremia, hipokalemia, dan hipokloremia.

Efek untuk jantung

Disebabkan tinggi natrium, baking soda boleh memengaruhi penderita gangguan jantung. Baking soda boleh membuatkan pesakit yang mempunyai kegagalan jantung memburuk. Baking soda boleh menjadi berbahaya bagi mereka yang diet rendah sodium. Diet ini boleh dilakukan oleh penderita darah tinggi.

man, heartache, chest pain-1846050.jpg

ai generated, woman, skin-8803320.jpg

Bahayakan enamel gigi

Jika tidak digunakan dalam kadar yang tepat, baking soda dapat merosak enamel gigi dan menyebabkan kerusakan gigi. pH yang tinggi pada baking soda boleh juga mengikis enamel gigi, membuatnya lebih sensitif dan mudah rosak. Baking soda juga kurang efektif untuk mencegah plak dan karang.

dentistry, dentals, teeth-668191.jpg

Mengiritasi gusi

Baking soda banyak digunakan sebagai alternatif ubat kumur. Namun, dos yang berlebihan, juga dapat memberi kesan buruk kepada mulut, termasuk gusi. Sama seperti impakanya yang dapat merosakkan enamel, baking soda juga bisa bersifat menghakis yang dapat menyebabkan masalah bagi gusi. Gusi yang iritasi juga bisa bertambah buruk jika diberikan baking soda.

Sumber : Anugerah Ayu Sendari

Klik link di bawah untuk membuat pilihan barang keperluan bagi si manja anda

–>> BARANG KEPERLUAN BAYI

Nak survey barang bayi? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih barang bayi yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice