Antara cabaran dan pengalaman baru sebagai ibu bapa adalah menguruskan kebersihan bayi atau dalam erti kata lain, najis bayi. Siapa lagi yang nak bersihkan bayi kita kalau bukan kita sebagai mak ayahnya sendiri bukan? Mungkin ada yang rasa kurang senang atau tak selesa dengan bau dan warna najis bayi pada mulanya, tapi lama kelamaan anda akan rasa ia adalah normal.
Tak normal kalau najis anak anda mengalami beberapa keadaan. Najis bayi warna hijau? Okay ke tu? Nak tau keadaan apa kalau najis tak normal? Cuba lihat senarai najis bayi di bawah untuk kenali tahap kesihatan bayi anda.
Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bayi yang baru lahir biasanya akan membuang najis dengan banyak dan agak kerap. Dalam beberapa hari yang pertama, bayi akan membuang najis berwarna hijau tua atau hitam, yang turut dipanggil meconium. Bagi bayi yang mula menyusu pula, ciri-ciri najis bergantung kepada penyusuan dan kekerapan penyusudan tersebut. Perubahan terbesar pada ciri najis anak anda berlaku apabila bayi mula diberikan solid foods.
Bayi yang diberikan susu formula pula akan mengeluarkan najis yang lebih berisi daripada mereka yang minum susu ibu. Mommy akan perasan macam ada biji-biji pada najisnya. Bau pun lebih kuat berbanding yang menyusu badan sahaja.
Najis jenis ini biasanya terjadi kerana empat keadaan berikut:
Sekiranya terdapat lendir pada najis bayi, tetapi bayi Mommy normal dan tidak sakit, mungkin makanan yang diberikan sebelum itu tak sesuai dengan anak. Tetapi, kalau berterusan najis berlendir sampai tiga hari, segera bawa berjumpa doktor. Risau ada jangkitan dalam perut bayi.
Najis bayi hanya berwarna hitam pada awal kelahiran dan sekiranya mengambil zat besi tambahan seperti iron. Selain dua ini, jika bayi mengeluarkan najis berwarna hitam, mungkin berlaku pendarahan dalam sistem pencernaan bayi dan perlukan rawatan segera!
Jika najis anak anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi anda diberikan terlalu banyak gula asli yang terdapat dalam susu. Sepatutnya anak anda mendapat susu lemak yang mengenyangkan sepanjang penyusuan. Hal ini mungkin kerana akibat terlebih penyusuan atau kurang penyusuan. Mungkin juga terdapat kuman dalam perut bayi anda.
Sekiranya masalah ini berlarutan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah dan mengelakkan daripada dijangkiti penyakit yang lain.
Kalau Mommy perasan terdapat palitan darah pada najis anak anda, ianya mungkin disebabkan sembelit. Hal ini kerana proses peneranan semasa dia membuang air besar yang mengakibatkan rekahan pada dubur. Lebih elok Mommy dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan punca sebenar palitan darah tersebut.
Seseorang bayi dikatakan mengalami sembeli sekiranya najis yang dikeluarkan seperti batu kecil. Tetapi, najis yang cair juga boleh menunjukkan bayi anda sedang mengalami sembelit kerana najis cair dapat melepasi najis besar dalam usus dan mengalir keluar. Jika ada palitan darah seperti nombor 7 di atas juga menunjukkan anak anda sedang sembelit.
Sembelit sering berlaku akibat kurangnya air atau penyahhidratan. Sama seperti kita yang dewasa, bayi juga boleh mengalami sembelit akibat kurangnya air, atau pertukaran susu – daripada susu ibu ke susu formula. Weaning juga boleh menyebabkan warna najis yang dikeluarkan berbeza.
1- Bayi kurang 6 bulan dan diberikan susu formula = tukar jenis susu formula. Mungkin susu yang digunakan sekarang tidak sesuai dengan bayi anda.
2- Tambahkan makanan yang mempunyai serat tinggi seperti barli.
3- Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal seperti merangkak atau menggerakkan kaki anak.
4- Sentiasa urutkan bahagian perut untuk melegakan sembelit.
Selain sembelit, ada pelbagai sebab kenapa najis anak anda berdarah. Antara sebab-sebabnya adalah:
Klik link di bawah untuk membuat pilihan botol susu bagi si manja anda
Nak survey botol susu? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih botol susu yang sesuai untuk anak
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”
[ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US
Copyright © 2023 Mothers First Choice
Privacy Policy
Copyright © 2023 Mothers First Choice