Anak asyik minta telefon, 5 cara elak si kecil ketagih gajet
Anak adalah segalanya-galanya buat ibu dan bapa. Segala kemahuan dan keinginan, ibu bapa akan cuba tunaikan demi kasih sayang.Sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang di mana semua peringkat umur mempunyai akses yang mudah terhadap gajet, termasuklah kanak-kanak.Namun ia bukanlah sesuatu yang menyihatkan kerana kanak-kanak main gajet tanpa kawalan boleh mengundang ketagihan melampau.Ketagihan merupakan antara bahaya gajet yang ramai ibu bapa tidak sedar.Kawalan terhadap penggunaan gajet ini tidak akan menjadi sukar jika kita sebagai ibu bapa memaklumkan peraturan penggunaan gajet lebih awal kepada anak agar mereka faham sebelum menggunakannya.
Ini 5 cara untuk elak anak ketagihan gajet:
1. Kurangkan main gajet bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah
Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan peluang main gajet tanpa kawalan atau terlalu lama.Ibu bapa perlu meminimumkan penggunaan gajet bagi kanak-kanak pada udia sebegini.Main gajet cukup sekdar sebagai hiburan tambahan sahaja,bukan sebagai alat hiburan utama.
2. Letakkan syarat sebelum anak main gajet
Apabila anak sudah mula menginjak umur tiga tahun, mereka sudah mula boleh memahami apa yang kita katakan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan anak menggunakan gajet.Sebagai contoh, pastikan anak sudah solat,makan atau mengemas permainan mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan gajet.
3.Tetapkan had masa anak menggunakan gajet
4.Sentiasa terangkan bahaya gajet kepada anak
Penerangan berkenaan keburukan dan bahaya gajet kepada anak juga amat penting, agar dia tahun dan faham mengapa tidak boleh main gajet dengan kerap.Sebagai contoh, anda boleh katakan kepada anak bahawa gajet boleh merosakkan mata jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang terlalu lama. Apabila mereka memahami keburukan gajet, insyaAllah anak-anak boleh menerimanya dan memberikan kerjasama.5.Pantau siara atau kandungan gajet yang ditonton
Apabila anak-anak tidak terlalu bergantung kepada gajet, mereka akan lebih banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dirumah yang akan memberi kesan baik kepada minda mereka
- Si kecil juga mempunyai lebih banyak masa untuk belajar sesuatu yang bermanfaat daripada buku-buku bacaan
- Mood anak juga akan lebih mudah gembira memandangkan dia menghabiskan lebih banyak masa berinteraksi dengan ibu bapanya berbanding bersama gajet
- Apabila mood anak-anak menjadi gembira, mereka akan lebih mudah mendengar kata dan tidak terlalu leka berbanding ketika menggunakan gajet.