Bayi Tumbuh Gigi Umur Berapa? Apa Fakta Tambahan Mengenainya?

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Bayi Tumbuh Gigi Umur Berapa? Apa Fakta Tambahan Mengenainya?

  • Melihat daripada jadual diatas, dapat kita lihat gigi pertama yang akan tumbuh adalah gigi seri tengah bahagian bawah seawal usia anak 6 bulan.
  • Seterusnya diikuti dengan gigi seri tengah bahagian atas dan begitulah sehingga cukup 20 batang gigi susu. Gigi susu akan lengkap keluar pada usia anak dua setengah ke tiga tahun. Ini bermakna sekiranya anak yang usianya sudah mencapai 3 tahun dan gigi masih tidak cukup 20 batang, ibu bapa dinasihatkan agar membawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan lanjut.

UMUR BERAPA GIGI SUSU MULA TANGGAL/CABUT

Gigi susu apabila sudah tiba masanya akan tercabut lalu digantikan oleh gigi kekal. Berikut adalah jadual tanggal setiap gigi susu untuk bahagian atas dan bawah. Ini penting supaya ibu bapa boleh turut memantau penjagaan dan kesihatan gigi anak.

Gigi susu akan berada didalam mulut anak kita sehingga mereka berusia 6 ke 7 tahun sebelum digantikan dengan gigi kekal.

FAKTA TAMBAHAN MENGENAI GIGI SUSU

  • Gigi susu bayi perempuan biasanya tumbuh lebih awal berbanding dengan gigi bayi lelaki.
  • Gigi akan mula tumbuh di bahagian rahang bawah dahulu sebelum di rahang atas.
  • Gigi di kedua-dua rahang (atas dan bawah) akan tumbuh secara berpasangan. Jika gigi tumbuh di bahagian kanan rahang, gigi jenis yang sama juga akan tumbuh di bahagian kiri rahang.
  • Saiz gigi susu lebih kecil berbanding gigi kekal dan warnanya lebih putih. Warna gigi kekal lebih putih kekuning-kuningan.
  • Menjelang usia anak-anak 2-3 tahun, semua gigi susu akan selesai proses pertumbuhannya.
  • Apabila usia kanak-kanak mencapai 4 tahun, struktur dan bentuk muka akan mula berubah. Proses tumbesaran yang dialami kanak-kanak ini akan menyebabkan saiz rahang mereka turut membesar. Ini seterusnya akan menambah ruang diantara gigi-gigi susu. Ruang-ruang yang ada diantara gigi susu itu normal. Hal ini kerana ruang adalah diperlukan untuk gigi kekal yang lebih banyak bilangannya dan saiz yang lebih besar akan mula tumbuh.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice