Menjadi lumrah seseorang wanita untuk kelihatan cantik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Tetapi ketika mengandung, ada pula yang terlepas pandang dan tidak tahu berapakah berat normal ibu mengandung. Ramai antara ibu mengandung mengalami kenaikan berat badan yang mendadak, tapi naik banyak mana yang dianggap itu normal? Kalau berat badan kekal pula bagaimana?
Banyak sebenarnya persoalan yang bermain di fikiran ibu-ibu ketika sedang mengandung dan salah satu daripadanya ialah berapakah berat normal ibu mengandung. Maklumlah tengah berbadan dua, perlu makan lebih supaya cukup untuk dua orang bukan?
Secara umumnya, boleh ikuti jadual di bawah ini tentang berat normal ibu mengandung sebagai panduan:
Berat sebelum mengandung | Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung |
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5) | 13 – 18kg |
Berat normal (BMI 18.5-24.9) | 11 – 16kg |
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9) | 7 – 11kg |
Obes (BMI atas 30) | 5 – 9kg |
KADAR BMI
Jika anda mempunyai berat yang kurang iaitu BMI di bawah 18.5, anda perlu menambah berat badan dengan lebih banyak ketika mengandung. Ini adalah kerana, tanpa berat tambahan tersebut, bayi anda mungkin akan lahir pra-matang atau lebih kecil daripada bayi yang biasa.
Sebaliknya pula jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Anda perlu lebih mengawasi penambahan berat badan anda jika ianya naik terlalu mendadak, ia boleh meningkatkan risiko dan komplikasi berkenaan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi.
No Comment
You can post first response comment.