Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan peluang main gajet tanpa kawalan atau terlalu lama.Ibu bapa perlu meminimumkan penggunaan gajet bagi kanak-kanak pada udia sebegini.Main gajet cukup sekdar sebagai hiburan tambahan sahaja,bukan sebagai alat hiburan utama.
Apabila anak sudah mula menginjak umur tiga tahun, mereka sudah mula boleh memahami apa yang kita katakan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan anak menggunakan gajet.Sebagai contoh, pastikan anak sudah solat,makan atau mengemas permainan mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan gajet.
Apabila anak-anak tidak terlalu bergantung kepada gajet, mereka akan lebih banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dirumah yang akan memberi kesan baik kepada minda mereka
Copyright © 2023 Mothers First Choice
Privacy Policy
Copyright © 2023 Mothers First Choice