Petri Dish

Gambar di bawah menunjukkan titisan air susu yang memusnahkan bakteria-bakteria berbahaya di dalam “Petri Dish” menjadi tular di Facebook.

Gambar tersebut di muat naikkan oleh seorang pelajar biologi di England yang menunjukkan sebanyak Sembilan “Petri Dish” yang sepenuhnya mempunyai bakteria M.Luteus, kecuali di tengah-tengah “Petri Dish” di mana ia diletakkan lendir susu ibu dan kawasan tersebut tidak diserang bakteria tersebut dan kelihatan seperti ada bendungan perlindungan di sekeliling mereka.

Bakteria M.Luteus

Vicky Green mengatakan ia mempunyai hasil yang sama dengan  uji kaji “Petri Dish” yang dipenuhi dengan e.Coli dan diletakkan anti “super bug” tahan atibiotik yang ditakuti MRSA.

Tompok putih yang di tengah-tengah adalah cakera yang direndam dengan susu ibu dan kelihatan sekeliling cakera yang direndam dengan susu ibu itu telah menghalang bakteria. Ianya adalah kerana protein dari susu ibu itu sendiri.

Satu artikel dari YourPediatrician.com menerangkan bagaimana ini boleh terjadi:

“Kira-kira 80 peratus sel-sel dalam susu ibu adalah makrofag, sel yang membunuh bakteria, kulat dan virus. Bayi yang diberi susu ibu dilindungi, dalam pelbagai aspek, dari beberapa penyakit, termasuk pneumonia, botulisme, bronkitis, jangkitan staphylococcal, influenza, jangkitan telinga, dan campak. Selain itu, ibu menghasilkan antibodi untuk penyakit apa pun yang terdapat di persekitaran mereka, menjadikan susu mereka direka khas untuk melawan penyakit yang dihadapi oleh bayi mereka juga. ” ⁣

Apa yang lebih mengagumkan ialah sampel susu dalam gambar itu berasal dari susu  ibu yang  diambil 15 bulan dan 3 tahun yang lalu, memberikan bukti lanjut bahawa susu ibu terus melindungi daripada penyakit walaupun susu tersebut sudah lama.

So mommy semua semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada mommy kelebihan menyusu ni. Semoga ianya bermanfaat!

Klik link di bawah untuk membuat pilihan milkbooster

–>> MILKBOOSTER

Nak survey MILKBOOSTER? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy  memilih MILKBOOSTER yang sesuai untuk anda.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *