Melihat senario anak mengamuk di pusat beli-belah adalah perkara biasa. Bahkan mungkin anda sendiri pernah melalui isu tantrum pada anak ini.Tidak dinafikan apabila si kecil mula meragam, sedikit sebanyak kesabaran kita sebagai ibu bapa akan teruji.
Apakah anda mengetahui cara handle anak tantrum?
Dalam artikel ini, ada disediakan beberapa tips untuk ibu mengawal anak tantrum.
Apa itu tantrum?
Sebelum mengetahui cara handle anak tantrum ini, mungkin ada di antara kita kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan tantrum.
Tantrum adalah tempoh singkat di mana berlakunya kemarahan secara tiba-tiba atau perlakuan tidak wajar seperti menangis, menjerit, memekik dan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan menendang dan memukul.
Biasanya keadaan ini berlaku apabila anak berdepan rasa kecewa apabila keperluan mereka tidak dipenuhi dan sukar menyuarakan perasaan akibat kemahiran pertuturan dan bahasa yang terhad.
Antara situasi biasa yang mencetuskan tantrum pada anak adalah apabila mereka berasa penat, lapar, tidak diendahkan, resah atau bimbang.
4 CARA HANDLE ANAK TANTRUM
1) Kawal emosi
Sebagai ibu bapa, perkara paling utama adalah anda harus pandai untuk mengawal emosi diri. Tenangkan diri supaya kita dapat mengawal emosi. Sekiranya anda berada emosi marah, mungkin sebaiknya anda ambil masa terlebih dahulu untuk menenangkan diri sebelum memujuk anak.
2) Tenangkan tantrum pada anak
Bagi mengatasi keadaan tantrum, apa yang perlu parents lakukan adalah untuk menenangkan anak. Berkomunikasi dan lakukan eye-contact dengan si kecil. Pujuk si kecil dan bercakap dengan baik (slowtalk). Elakkan daripada menengking atau memarahi mereka. kerana ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.
3) Fahami punca
Ambil tahu faktor tantrum pada anak. Adakah tantrum tercetus kerana anak tidak mendapat apa yang diingini? Atau adakah mereka hanya mahukan perhatian daripada anda sebagai ibu bapa kerana cemburukan adiknya? Pastinya ada sebab dan punca yang menyebabkan si kecil berkelakuan seperti itu. Jadi anda harus memainkan peranan sebagai ibu bapa – untuk memahami anak- anak
4) Ganjaran
Antara cara yang diamalkan Sabirah sebagai cara handle anak tantrum adalah dengan menawarkan reward.
Sebagai contoh jika si kecil mahukan permainan dan anda tidak mahu membelikannya, tawarkan anak perkara lain seperti bawa makan ice cream atau atau bermain di taman permainan jika mereka berhenti meragam.