Mothers First Choice | Baby & Mothers Care Store in MalaysiaTIPS PERTAMA KALI IBU SUSUAN -

OPENED DAILY FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

TIPS PERTAMA KALI IBU SUSUAN

Image may contain: one or more people, close-up and text

Ibu yang pertama kali hendak menyusukan anak pasti risau kan. Sebab itulah pentingnya first time ibu ni untuk mendapatkan pertolongan samada dari pembacaan ataupun dari pertolongan pakar. Pembacaan boleh dilakukan masa mula pregnant lagi. Banyakkan membaca ok!!!

Selepas anak dilahirkan, dalam masa sejam pertama bolehla minta bantuan daripada nurse ataupun doctor di tempat bersalin tu. Kebiasaannya, memang akan dibantu jadi jangan lepaskan peluang untuk bertanya pada yang pakar tentang tips, cara lekapan yang betul, posisi menyusukan yang betul dan lain-lain ilmu berkaitan penyusuan.

TIPS SIHAT UNTUK IBU MENYUSUKAN BAYI
• Makan mengikut diet yang sihat. Penuhi keperluan pemakanan dengan sihat. Ambil banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Ambil multivitamin secukupnya.
• Minum air secukupnya. Walaupun berpantang, pastikan kita dapat penuhi keperluan air yang cukup untuk diri sendiri dan anak. Mana taknya, dah lah tengah nifas, menyusukan anak lagi. Ambil air kosong, jus dan susu yang boleh memastikan bendalir dalam badan kita cukup.
• Rehat dengan cukup. Kalau boleh, tidur apabila bayi tidur.
• Jangan merokok. Merokok boleh menyebabkan penghasilan susu berkurangan dan terganggu. Merokok jugak boleh mengubah rasa susu dan mengganggu jadual tido bayi. Org yang menghidu asap rokok ataupun second hand smoker pun menanggung risiko yg sama macam org yg merokok. Dalam masa yg sama boleh meningkatkan risiko sudden infant death syndrome ataupun sindrom kematian mengejut di kalangan bayi yang berumur di bawah setahun. Selain daripada tu, risiko asma, nronkitis, pneumonia dan jangkitan telinga pun boleh berlaku.
• Berhati-hati dengan pengambilan ubat. Banyak ubat yang selamat diambil oleh ibu yang menyusukan anak. Sebab tu consult dulu dengan doktor sebelum ambil apa2 ubat ataupun suplemen.
• Tanya doktor mengenai suplemen Vitamin D untuk bayi lebih2 lagi kalau kita menyusukan anak secara eksklusif. Sebabnya susu ibu mungkin tak menyediakan Vitamin D dengan cukup yang boleh membantu penyerapan kalsium dan fosforus. Bila sebut pasal suplemen, dah tentula kita sebagai ibu yang perlu ambil supaya dapat diserapkan kepada anak melalui susu ibu.

Kedai fizikal kami di:

SELANGOR
Mothers First Choice
C-11-1, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)

PAHANG
Mothers First Choice
B-100 Sri Dagangan 2,
Jalan Tun Ismail,
25000 Kuantan,
PAHANG
(Office: 09 513 1950 / HP: 011 1051 1950)

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

error: Content is protected !!