AMALAN TRADISIONAL SEMASA BERPANTANG

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

AMALAN TRADISIONAL SEMASA BERPANTANG

Bagi ibu-ibu muda yang baru melahirkan, tempoh berpantang adalah satu pengalaman baru. Berpantang sangat penting kerana melalui tempoh inilah badan ibu dirawat agar kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Berpantang memang satu tempoh yang membosankan bagi ibu kerana perlu menunggu tempoh sekurang-kurangnya 44 hari sebelum dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi harus ingat jangan mengelak dari berpantang supaya badan kita lebih sihat dan kuat untuk membesarkan anak-anak yang dilahirkan.

Penjagaan orang Melayu semasa berpantang dilakukan kerana untuk membantu memulihkan keadaan si ibu yang keletihan dan lemah selepas melahirkan bayi. Ada ibu-ibu yang mengalami sejuk urat sendi, lemah anggota badan dan sebagainya. Justeru, tradisi turun-menurun seperti berurut, bertungku, berbengkung, mandian herba, bertangas dan memakan jamu masih diamalkan masyarakat melayu hingga hari ini. Amalan warisan dari nenek moyang ini tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba juga ‘ready made’ di pasaran sekarang.
Amalan tok nenek moyang yang boleh kita terus praktikan semasa berpantang ialah:

?Berurut
Tujuan berurut selepas bersalin ialah untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan urat yang tegang dan juga putus selepas melahirkan bayi. Selain itu, berurut juga dapat membuang angin dan memecahkan lemak yang terkumpul. Proses sengkak semasa berurut ialah ‘mengangkat’ salur peranakan ke tempatnya dan dapat menyingkirkan darah kotor yang masih ada dalam rahim.

?Mandian Herba
Selepas diurut, badan ibu akan dilulur dengan campuran rempah ratus untuk menghaluskan kulit dan menyingkirkan sel-sel mati. Selepas itu, mandian herba yang dicampur dengan akar-akar kayu dan rempah yang direbus akan menyegarkan lagi tubuh ibu.

?Bertungku
Amalan bertungku masyarakat melayu hampir sama seperti teknik ‘hot stone massage’ di kalangan masyarakat barat. Ia biasa dilakukan sebelum memakai bengkung. Sebiji batu sungai atau tungku besi yang telah dipanaskan dan dibalut dengan kain akan dituam ke seluruh bahagian badan.

?Berbengkung
Seluruh badan ibu akan disapu dengan herba dan dibalut dengan kain bengkung yang diperbuat daripada kain kapas dari paras bawah dada hingga bawah punggung setiap hari sepanjang tempoh berpantang. Terdapat pelbagai jenis bengkung seperti bengkung jawa, bengkung tali dan korset.

?Bertangas
Terdapat 5 jenis tangas iaitu tangas duduk, tangas kering, tangas basah, tangas wangi dan tangas rempah. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan ramuan herba yang berlainan.

?Jamu
Pelbagai jenis rempah dan herba digabungkan dalam bentuk jamu. Bagaimanapun, ibu yang menyusukan bayi digalakkan berhati-hati kerana memberi kesan kepada susu dan juga bayi. Sesuai diamalkan selepas habis tempoh berpantang.

Makanan dan minuman yang diambil juga harus diteliti semasa berpantang. Amalan berpantang ini walaupun sangat membebankan tetapi melalui amalan inilah ianya menjadi persediaan untuk badan kita terus sihat dan bertenaga di masa hadapan. Jadi, berpantanglah dengan betul supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> http://mothersfirstchoice.com/shop/

ATAU

Kedai fizikal kami di:

SELANGOR
Mothers First Choice
C-11-1, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L
Section 16,
40200 Shah Alam,
SELANGOR
(Office: 03 5523 2283 / HP: 019 241 3656)

PAHANG
Mothers First Choice
B-100 Sri Dagangan 2,
Jalan Tun Ismail,
25000 Kuantan,
PAHANG
(Office: 09 513 1950 / HP: 011 1051 1950)

Image may contain: text and food

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice