TANGGUNGJAWAB SUAMI SEMASA ISTERI BERPANTANG

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

TANGGUNGJAWAB SUAMI SEMASA ISTERI BERPANTANG

Semasa isteri dalam pantang setelah melahirkan anak, suamilah yang menggalas tanggungjawab penting. Suami perlu kuat semangat dan cekal kerana saat inilah isteri sangat memerlukan suaminya untuk menjaganya dengan baik bukan dari segi fizikal sahaja, malahan dari segi mental dan emosi.
Biasa kita dengar perkataan meroyan kan. Ada ibu yang boleh meroyan dalam pantang kerana terlalu letih disebabkan rutin harian yang bertukar. Seperti, tidur malam yang terganggu. Apabila setiap malam tidak mendapat rehat yang cukup maka minda ibu mudah berilusi. Itulah mengapa terjadinya ibu dalam keadaan pantang mencampak bayinya. Ini kerana minda si ibu tidak dapat berfikir dengan waras. Jadi seorang suami haruslah prihatin.
Kasih sayang dan keperihatinan seorang suami dapat menjadikan emosi isteri stabil kerana dia merasakan dia amat dikasihi. Ini memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan terwujud di dalam diri anak itu. Kerana apa yang dirassai dari ibu akan meresap ke anak itu pula.

Anak-anak yang merasai dia dikasihi akan mengasihi dan akan mempunyai ketenangan di dalam emosinya. Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ. Dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Peranan suami yang penting semasa isteri berpantang :

❤️ Bangun lebih awal dari isteri
sediakan mandian herba untuk si isteri ,kebiasaannya selama seminggu isteri perlu mandian herba ini tau. Selepas isteri mandi , tolonglah apa yang perlu seperti pakaikan bengkung untuk isteri , sapukan ubat untuk isteri. Ada seseengah isteri takut nak tengok tempat luka jahitannya.jadi perlu bantuan dari suami. kalau suami yang berjauhan tu macam mana ? Bagi suami yang berjauhan telefonla isteri di awal pagi , tanya khabar isteri dan anak-anak. Isteri pasti gembira dan lebih bersemangat dapat panggilan dari suami.

❤️ Sediakan makanan / sarapan untuk isteri
Air tangan suami penuh berkat dan kasih sayang pasti memberi ketenangan kepada isteri. Kalau suami tidak pandai memasak macam mana? Boleh sediakn sarapan pagi ringkas sekadar milo panas dan roti bakar pun isteri dah rasa dihargai tau. Untuk masakan dalam pantang yang lain pula, senang sahaja , ikan bakar , sayur sawi masak air pun boleh. Makanan dalam pantang kene jaga sebab mahukan jahitan cepat sembuh, dalaman pun cepat sembuh dan untuk kepentingan susu ibu.

❤️ Belajar mandikan bayi kita
Ada sesetengah suami takut , risau nak mandikan bayi sebab kurang mahir. tapi kalau belajar pasti akan jadi mahir kan. Isteri pun tidak pandai semasa anak pertama, jadi suami isteri boleh belajar bersama-sama. Jika masih tidak yakin , sekurang-kurangnya bantukah isteri untuk sediakan air mandian dan keperluan bayi seperti sabun , syampu. baju, pampers , kain lampin , barut.bedak, minyak telon dah tersedia ditepi . Pasti isteri kita rasa terharu dan gembira. Bayi pun dapat rasa kasih sayang ayahnya.

❤️ Berada di rumah selalu
Hentikan sementara aktiviti-aktiviti ingin minum-minum kopi di kedai mamak dengan kawan-kawan.Bantulah isteri dengan berada berhampiran isteri supaya senang jika isteri inginkan bantuan.

❤️ Pastikan disekitar bayi dan isteri bersih dan kemas
Bantu isteri membasuh pakaian kotor, sekarang ni senang dah kan sebab ada mesin basuh. Selepas tu tolong juga sidaikan dan angkat dari ampaian.

?‍❤️‍? Bersabar dan tabah
Sungguhpun suami rasa terlampau penat , jangan ditunjukan dan mengeluh di hadapan isteri buat sementara waktu ini, cara ini untuk mengelakan isteri rasa stress, elakkan terjadinya kemurungan dan paling takut terjadinya meroyan. Jadi tunjuklah rasa semangat di hadapan isteri…

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice