fbpx

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU?

Seperti yang mommy kerap dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu yang menyusu. “Jangan makan buah, ini makanan sejuk, yang ini pula nanti anak kembung sebab angin”. Sering kali ibu berasa risau mahu makan kerana khuatir akan memberi kesan kepada bayi. Sehingga ke satu peringkat, ibu mungkin akan berpantang makan sehingga meninggalkan pemakanan seimbang untuk dirinya.

Secara amnya, tiada makanan khusus yang perlu ibu jauhi. Makan apa yang dirasakan sesuai.

Cuma ada kalanya bayi bayi alah dengan makanan yang dimakan oleh ibu kerana sedikit sebanyak makanan itu akan diberikan kepada bayi melalui susu ibu. Tetapi, makanan yang tidak sesuai untuk seorang ibu dan bayi tidak semestinya tidak sesuai untuk pasangan ibu dan bayi yang lain.

ADAKAH MOMMY PERLU BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU

Antara tanda-tanda alahan adalah seperti :

* Muntah, Cirit-Birit, dan sakit perut.

* Bayi juga mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti sering selesema, lelah, dan gatal-gatal kulit.

* Bagi bayi yang hanya menyusu susu ibu, perkara ini jarang berlaku

* Sekiranya ia berlaku, lazimnya bayi alah kepada makanan yang dimakan oleh ibunya, bukan kerana penyusuan ibu. Ia selalunya berlaku dalam kalangan keluarga yang mempunyai sejarah alahan yang kuat.

*Protein haiwan adalah satu penyebab alah yang biasa.Cuba elakkan meminum minuman susu haiwan buat sementara waktu dan pantau respons bayi.

*Begitu juga dengan makanan yang lain.

Bayi yang menyusu susu tiruan sememangnya menghadapi risiko yang tinggi mendapat alahan kerana protein haiwan. Ibu dapat mengawal makanan yang mahu diambil sekiranya ada yang tidak sesuai untuk bayi, tetapi kita tidak dapat mengawal makanan yang dimakan oleh binatang ternakan bagi menghasilkan susu tiruan yang kita gunakan. Ibu pasti mampu membuat pilihan yang tepat.

Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda

—>> LIST OF CAR SEAT

Nak survey carseat? Masih pening2?  Jemput whasapp kami di —> Klik Sini

Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.

 “Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”

SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]

No Comment

You can post first response comment.

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter a message.