
Apa itu speech delay?
Speech delay adalah satu kelewatan dalam perkembangan anak anda yang melibatkan pertuturan mereka. Ia adalah ketidakupayaan anak anda untuk menyebut sesuatu perkataan itu dengan jelas dan boleh jadi juga mereka tidak boleh menyebut perkataan itu sama sekali. Ia mungkin sukar untuk ibu bapa yang pertama kali menghadapi situasi ini kerana anak-anak yang mempunyai speech delay hanya boleh menggunakan frasa atau perkataan yang tidak jelas untuk menggambarkan perasaan mereka. Perkembangan pertuturan dan bahasa anak dilihat sebagai satu pencapaian penting terutamanya apabila anak anda boleh menyebut perkataan pertamanya yang mempunyai maksud. Namun, setiap kanak-kanak atau bayi membesar dengan kadar pertumbuhan yang berbeza termasuk dari segi pertuturan mereka.
Ciri-ciri si manja berkemungkinan mempunyai speech delay :
Apabila sudah berusia 12 bulan, ia menjadi satu kerisauan jika si manja masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut:
- Melambai atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek.
- Menggunakan beberapa bunyi konsonan
- Menyuarakan keperluan mereka
Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, seorang kanak-kanak itu berisiko untuk menghidap kelewatan bercakap jika mereka belum boleh menunjukkan perkara-perkara seperti berikut:
- Tidak mengucapkan ‘mama’ atau ‘dada’ atau ‘papa’.
- Tidak respon jika diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan ‘Bye’.
- Tidak mempunyai 15 perkataan menjelang 18 bulan.
- Tidak mampu untuk mengenal bahagian badan sendiri
- Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan.
Pada usia 2 hingga 4 tahun, anda perlu perhatikan:
- Gagal menghasilkan ayat secara spontan.
- Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah
- Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan
- Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di hujung perkataan
- Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri.
- Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan.

Punca-punca si manja speech delay?
Kelewatan bercakap boleh disebabkan oleh masalah perkembangan mulut seperti:
- Sumbing bibir
- Lelangit rekah
- Kecacatan frenulum atau bibir
Memandangkan pendengaran juga mempengaruhi untuk anak-anak mengajuk bunyi, gangguan pendengaran juga boleh menyebabkan berlakunya kelewatan bercakap.
Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh ibubapa supaya si manja dapat merangsang perkembangan pertuturan?
- Mula bercakap dengan anak anda walaupun seawal usia 0 tahun kerana mereka mendapat manfaat daripadanya hanya dengan mendengar percakapan anda.
- Gunakan kaedah self talk di mana apabila anda melakukan sesuatu perbuatan, sebutkan kepada anak anda apa yang anda lakukan. Ramai ibu bapa yang tidak melakukan perkara ini kerana berasa kekok. Namun, percayalah bahawa ia amat membantu dalam mengembangkan pertuturan anak anda.
- Gunakan juga kaedah parallel talk. Ia adalah kaedah yang sama seperti self talk tetapi kaedah ini menegaskan anda untuk menyebut perbuatan anak anda bukannya perbuatan anda.
- Nyanyikan lagu untuk anak anda bersama muzik. Hal ini kerana, mereka dapat belajar perkataan baharu di samping membina kemahiran memori dan kemahiran mendengar mereka. Ia juga dapat mengajar mereka untuk menyatakan idea dengan menggunakan perkataan.
- Gunakan kaedah expansion untuk anak anda yang sudah boleh bercakap beberapa perkataan. Ia adalah kaedah di mana anda menambah perkataan atau maklumat baharu ke dalam ayat mereka. Contohnya: “Nak makan” kepada “Nak makan nasi”.
Credit to : https://jiwadamai.com/ , https://fitin.edu.my/