Cara Atasi Masalah Loya @ Alahan Ketika Mengandung

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Cara Atasi Masalah Loya @ Alahan Ketika Mengandung

?Tips #1 Banyakkan Minum Air 
Disarankan minum secara berulang-ulang dalam kuantiti yang sedikit supaya
perut tak mudah kembung. Air diperlukan untuk mengurangkan tubuh badan
dari dehidrasi.

?Tips #2 Elak Daripada Makan Terlalu Banyak
Ketika anda sedang menghadapi masalah loya, anda tidak boleh makan
terlalu banyak dalam satu masa tetapi anda boleh makan secara kerap
dengan kuantiti yang sedikit kerana ini akan dapat mencernakan makanan
yang anda telah ambil.

?Tips #3 Minum Air Teh Halia
Dengan mengambil minuman seperti teh halia panas akan buat perut terasa
hangat dan ini boleh mengurangkan rasa loya. Halia adalah satu jenis
tumbuhan yang panas dan boleh dijadikan sebagai ubat.

?Tips #4 Elakkan Bergerak Secara Tiba-Tiba
Ketika anda hendak bangun dari tidur, elakkan diri daripada terus bangun
secara tiba-tiba. Begitu juga ketika anda sedang duduk jangan terus
berdiri. Keadaan ini akan menyebabkan anda berasa pening.

?Tips #5 Elak Dari Mengambil Makanan Pedas
Salah satu makanan yang mengundang kepada loya dan muntah adalah makanan yang pedas dan berempah. Seeloknya anda elakkan dari makan makanan yang pedas kerana makanan pedas mengandungi banyak asid.

?Tips #6 Bau Buah Lemon
Keadaan ibu mengandung seperti muntah dan loya-loya disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan. Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan deria hidung menjadi sensitif dan ini boleh diatasi dengan menghidu bau lemon.

?Tips #7 Sumber Protien Sebagai Makanan Tambahan
Apabila anda kerap muntah perut akan cepat lapar. Dengan mengambil sumber protien dapat elak perut lapar dan dapat mengurangkan rasa loya.
Ikan dan telur adalah sumber protien.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice