Kaedah Power Pumping

Power Pumping

Hai Mommy???
Harini kita nak kongsikan tentang ??Power Pumping. Power Pumping ialah salah satu teknik mengepam susu tau ☝

?Power pumping merupakan kaedah yang cukup popular di kalangan ibu-ibu yang exclusive pumping (EP). Secara amnya kaedah ini adalah satu siri mengepam susu secara relay yang meniru cara bayi menyusu di waktu growth spurt.

?Pengeluaran susu badan adalah lebih kepada demand dan supply, power pumping memberikan demand yang lebih kepada badan dan suply akan di tingkatkan mengikut demand. Itu konsep yang di gunakan kaedah ini. Power pumping boleh membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah suply menurun setelah masuk kerja atau baru balik outstation atau mungkin yang drop secara tiba -tiba.

?Masa terbaik untuk membuat power pumping adalah pada waktu tengah malam lebih kurang jam 1 – 3 pagi (waktu tahajud) di mana ketika itu ibu berada dalam keadaan tenang dan rehat. Walaubagaimana pun di waktu-waktu yang lain juga boleh di buat seperti contohnya ketika di dalam ofis menyiapkan kerja depan komputer. Yang ni saya sendiri pernah buat tapi dengan menggunakan double pump yang ada pemegang. Sekarang ni lebih mudah dengan adanya produk seperti FREEMIE.

#kaunselorlaktasi

Tagged , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enter Mothers First Choice at Checkout for 5% Member Card! Dismiss