Masalah Susu Berkurangan

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Masalah Susu Berkurangan

Ibu-ibu, bakal ibu mesti mencari ilmu penyusuan selengkap mungkin. Bukan sekadar ilmu tentang pam, penyimpanan susu, penambah susu tetapi juga siapkan diri dengan ‘worst case senario’ dan tindakan seharusnya ketika menghadapi situasi tersebut. Berikan diri anda pendedahan awal tentang jenis-jenis dan gambaran situasi masalah penyusuan kepada bakal ibu, atau ibu-ibu sama ada melalui perjumpaan, kelas antenatal, laman sosial dan lain-lain supaya sebarang masalah dapat di elak seawal mungkin.
Masalah yang sering dihadapi ibu-ibu menyusu yang akan kita kongsi pada kali ini ialah bekalan susu berkurangan, atau susu merudum ataupun susu drop. Sudah pasti ibu-ibu risau apabila masalah ini terjadi kan. Jadi di sini apa yang boleh ibu-ibu lakukan untuk atasi masalah susu berkurangan ialah:

?Jangan sesekali panik atau stress kerana kedua-dua perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu. Ingat, emosi ibu sangat mempengaruhi penghasilan susu.

?Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik-titik susu. Pastikan setiap pengepaman selesai dengan pengosongan payudara (cara terbaik adalah dengan cara memicit di keliling payudara secara perlahan).

?Jangan sekali-kali terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula kerana apabila ada jalan mudah, maka si ibu tidak akan bersungguh-sungguh utk memperbanyakkan susunya semula.

?Semak diet atau corak pemakanan yang anda amalkan sekarang. Sesetengah ibu bercadang untuk menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat dan terus menukar diet harian secara drastik. Ini boleh menyebabkan kandungan kalori dalam tubuh berkurang. Apabila kalori dalam tubuh berkurang, tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga akan menurun. Ini akan mengganggu penghasilan susu anda.

?Elakkan mengambil pil perancang walaupun tidak dinafikan pengambilan pil perancang penting untuk membantu anda merancang keluarga. Tetapi anda perlu tahu sesetengah pil perancang yang tidak sesuai dengan tubuh anda akan mengganggu penghasilan susu anda.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice