Masalah Susu Tiada Selepas Bersalin ?

OPENED FROM 10.00 AM TO 9.00 PM

Masalah Susu Tiada Selepas Bersalin ?

 

????? : 
Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu di dalam payudaranya kerana penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke 16 kehamilan dan paras hormon ibu yang berbeza membuatkan sesetengah ibu yang sudah mula keluar susu sejak sebelum melahirkan dan ada ibu yang hanya keluar pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan. Untuk meningkatkan paras hormon prolaktin ini, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Dibawah ini adalah beberapa langkah yang ibu lakukan :

?Segera mendapatkan bayi anda sebaik sahaja melahirkan untuk disusui supaya proses pengeluaran susu akan lebih cepat berlaku akan tetapi perlu melihat juga keadaan ibu selepas bersalin jika ibu mempunyai masalah kesihatan berilah masa untuk ibu berehat sebelum menyusukan bayi.

?Sentiasa bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu sama ada bayi anda mendapat susu cukup atau tidak. Seharusnya terlihat keadaan apabila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil.

?Warna Kolostrum yang jernih pada awalnya akan beransur kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan dan ibu tidak sedar kehadirannya. Hanya rangsangan kerap pada payudara saja yang dapat membantu kolostrum tersebut diterima oleh bayi anda.

?Ibu tidak perlu panik apabila melalui situasi seperti ini kerana ia sesuatu yang normal. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menyusukan anak sekerap mungkin termasuk pada sebelah malam.

?Lebih kerap payudara ibu mendapat rangsangan lebih cepat kolostrum akan mula keluar, lebih banyak kolostrum akan diterima oleh bayi dan lebih banyak susu bakal terhasil.

?Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya.

?Perlu diketahui bahawa bayi menangis bukanlah semata-mata kerana dia kelaparan tetapi banyak lagi faktor penyebab yang lain. Dengan susukan anak anda kerana hanya penyusuan saja yang dapat menenangkan anak dan memberi keselesaan kepadanya.

Leave a Comment

Breastfeeding Onestop Centre 

Contact

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice 

Privacy Policy 

Sign up here!

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Follow us

Copyright © 2023 Mothers First Choice