Jangan minum air banyak-banyak masa dalam pantang?. Rasanya ramai sudah maklum, perkara ini tidak sesuai. Terutamanya untuk ibu yang menyusukan bayi. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting semasa sedang berpantang, adalah apa yang diminum dan bagaimana caranya.
#1 Minum air panas
Ibu yang berpantang mesti minum air yang hangat. Hirup dan bukan togok. Air peti sejuk?. Jangan mencari masalah. Paling tidak, minum air suam. Anda rasa anda kepanasan kerana pakai baju berlapis-lapis dan berstokin. Kena pula minum air hangat?. Percayalah, air hangat memberikan kelegaan dan kesegaran pada badan anda berbanding air sejuk. Terutamanya ibu menyusu. Payudara anda akan berasa lega dengan air hangat tadi.
#2 Minum sedikit, tapi kerap.
Berapa banyak sedikit?. Kekerapan macam mana?.
Minumlah dalam kadar suku gelas, setiap kali minum. Dalam kekerapan setengah jam sekali. Suku gelas dalam anggaran 62.5 ml dan waktu anda berjaga dalam anggara 16 jam atau lebih. Jika anda konsisten, anda akan minum sekurang-kurangnya 2liter air setiap hari.
#3 Minum air kosong sahaja?.
Terpulang. Tetapi elok juga jika minum air herba yang disarankan bidan atau tukang urut. Antara contoh resepi air herba yang boleh digunakan adalah seperti di bawah. Sangat sesuai untuk tambah susu badan, kulit cantik dan melancarkan peredaran darah.
.
1 genggam kurma merah
1 genggam longan kering
2 sudu besar barli
4 -5 batang ‘tong sum’ / ‘dong shen’ ( boleh dapat di kedai sensei)
6-7 biji goji
Air secukupnya
.
Rebus semuanya sampai kembang. Tidak perlu letakkan gula kerana rasanya sudah manis. Antara cara yang lain adalah menggunakan slow cooker dan biarkan ia panas sepanjang malam.
.
Tong sum atau dong shen sangat bagus untuk kulit. Ia dikatakan herba yang murah dengan khasiat yang bagus. Juga merupakan sumber kolagen paling murah. Penggunaan barli pula bagus untuk melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan risiko kencing kotor.