Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan.Hal ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan, bayi diberi susu ibu sahaja, tidak perlu air atau susu tambahan dan tidak perlu makanan pelengkap.
Terdapat 2 hormon yang penting dalam penghasilan susu ibu iaitu :
- Hormon Prolaktin (Prolactin) yang meransang penghasilan susu.
- Hormon Oksitosin (Oxytocin) yang meransang refleks pancutan “milk ejection reflex”
*Apabila bayi menghisap payudara ibu, saraf di puting dan areola akan menghantar ransangan ke kelenjar pituitari, dan prolaktin dirembeskan.
*Prolaktin bertindak di kelenjar susu dan meransang penghasilan susu.
*Penghisapan bayi juga meransang rembesan hormon oksitosin dari kelenjar pituitari dan meransang refleks pancutan untuk mengeluarkan susu.
*Reflek oksitosin boleh diransang dengan mudah oleh perasaan & pemikiran ibu seperti :
-Perasaan gembira dengan kehadiran bayi
-Fikirkan tentang kasih sayang serta berkeyakinan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak.
-Melihat, mendengar, menyentuh dan memikirkan bayi dengan perasaan kasih sayang
*Pengeluaran oksitosin boleh terganggu buat sementara dalam keadaan berikut
-Kesakitan akibat puting merekah atau jahitan kelahiran caesarean atau episiotomi.
-Perasaan bimbang tidak cukup susu.
Oleh itu, antara kepentingan penyusuan susu ibu untuk bayi adalah :
*Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik.
*Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
*Kurang risiko diabetes, kanser, jangkitan telinga dan pneumonia.
*Antibodi tinggi untuk melaqwan penyakit.
*Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome).
*Penghadaman yang mudah.
*Menggalakkan tumbesaran.
*Mengurangkan risiko kepada alahan.
*Mengelakkan dari kurang zat makanan, cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan.
*Mempunyai komposisi nutrien yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
Klik link di bawah untuk membuat pilihan car seat bagi si manja anda
Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”
[ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]
No Comment
You can post first response comment.