Pastinya bakal ibu akan terfikir tentang pengambilan makanan disaat Trimester 1 & 2 kerana risau akan kandungan yang baru tidak cukup keperluan zat yang diperlukan. Ketahuilah bahawa pada ketika ini anda tidak memerlukan kalori tambahan tetapi anda perlu mengelakkan makanan tertentu dalam waktu kehamilan kerana ia mungkin mengandungi bakteria, parasit, atau toksin yang boleh membahayakan bayi anda. Ini termasuk beberapa jenis keju dan product tenusu yang tidak dipasteurisasi, daging mentah atau daging yang tidak matang, hati dan paru, serta kerang merah.
Bagi memastikan anda mengambil khasiat yang tepat untuk perkembangan janin sepanjang tempoh mengandung ni,
boleh ✔️✔️✔️ semak senarai di bawah:
????????? ? ??? ????? ????
?Pada trimester pertama, janin yang dikandung sedang menjalani proses pembentukan otak, sistem saraf, jantung dan organ-organ reproduksi. Zat-zat berikut sangat diperlukan ketika ini:
? Asid folik – Ia mempunyai peranan besar dalam proses pembentukan sistem saraf pusat termasuk otak. Sumber asid folik antara lainnya ialah sayuran berdaun hijau, limau, epal, kacang soya dan tempe.
? Asid lemak tak tepu – Selain asid folik, perkembangan janin ketika ini juga memerlukan bantuan dari asid lemak tidak tepu. Sumbernya adalah seperti ikan tenggiri, ikan kembung, ikan tuna dan ikan tongkol.
? Vitamin B12 – Bagi memastikan sel tubuh janin yang telah terbentuk berfungsi normal, tubuhnya memerlukan vitamin B12. Ia berfungsi menjaga fungsi sel sum-sum tulang belakang, sistem saraf dan salur pencernaan. Contoh sumber vitamin B12 adalah hasil tenusu, kacang soya, tempe dan tauhu.
????????? ? ??? ????? ???????????
?Pada trimester ini, perkembangan janin begitu pesat jadi ia memerlukan zat-zat penting berikut:
? Protein – Waktu ini janin sedang membentuk sel baru dan mempertahankan sel yang sudah sedia terbentuk. Janin juga sedang dalam pembentukan berbagai struktur organ seperti sistem pertahanan tubuh dan sel-sel darah merah yang kesemuanya memerlukan zat protein. Maka ambillah makanan dari daging merah, telur, tempe dan tauhu.
? Vitamin A – Proses metabolisme yang berkaitan dengan penglihatan serta pembentukan sistem saraf memerlukan vitamin A. Keperluan vitamin ini boleh dpenuhi dengan mengambil ayam, daging, lobak dan sebagainya.
? Kalsium – Zat ini diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi janin, juga untuk si ibu sendiri. Sumber kalsium antara lain adalah yogurt, bayam rebus, limau dan roti gandum.
? Zat besi – Bagi membentuk sel darah merah sebagai alat mengedarkan oksigen ke seluruh tubuh ibu dan janin maka zat besi diperlukan. Sumber zat besi yang terbaik adalah daging lembu, daging ayam, ikan bawal dan udang segar.
? Vitamin D – Ia diperlukan untuk memperbaiki penyerapan kalsium dan membantu keseimbangan mineral di dalam darah. Sumber vitamin D antaranya adalah ikan salmon, ikan kering dan susu.