Ramai mommy tertanya-tanya apakah makanan yang sesuai untuk Si Manja baru pertama kali ingin mengenali makanan?
Seperti yang mommy tahu makanan yang sesuai untuk Si Manja pada tahap 1 adalah makanan yang mudah dicerna oleh perut Si Manja. Dimana, makanan seperti ‘puree’ buah dan sayur ataupun bijiran amat sesuai untuk Si Manja yang berumur 6 hingga 8 bulan.
Tambahan pula, Mommy juga perlulah memperkenalkan makanan tunggal selama 4 hari berturut-turut dan barulah memperkenalkan makanan baru pula.
Contohnya pada hari pertama mommy perlulah memperkenalkan buah avocado kepada Si Manja selama 4 hari berturut-turut dan barulah Mommy memperkenalkan sayur seperti “Butternut” kepada Si Manja pula.
Berikut adalah beberapa candangan resepi untuk Si Manja mommy :
- Rice Cereal
¼ Cawan Serbuk Beras ( Beras Perang yang telah di kisar )
1 Cawan Air
Langkah 1 : Masukkan Air kedalam periuk dan masukkan serbuk beras perang sambil dikacau sentiasa.
Langkah 2: Didihkan selama 10 minit dan campurkan sedikit susu formula atau susu Ibu.
Langkah 3: Hidangkan dalam keadaan yang suam.
- Barley Cereal
¼ Cawan `Ground Barley’(Ground Barley yang telah di kisar)
1 Cawan Air
Langkah 1 : Masukkan Air kedalam periuk dan masukkan serbuk `ground barley’ sambil dikacau sentiasa.
Langkah 2: Didihkan selama 10 minit dan campurkan sedikit susu formula atau susu Ibu.
Langkah 3: Hidangkan dalam keadaan yang suam.
- Avocado
Vitamins : A, C, Niacin, Folate
Minerals : Potassium, Phosphorus, Iron, Magnesium, Calcium
Langkah 1 : Kupas dan keluarkan biji avocado ( jangan masak )
Langkah 2: Potong avocado tadi dan tumbuk dengan garpu
Langkah 3: Tidak perlu kisar avocado seperti pisang kerana avocado mempunyai konsistensi dan tekstur yang sangat lembut. avocado tidak perlu dimasak.
P/S : Jangan memaksa Si Manja anda untuk terus makan jika dia menggelengkan kepalanya, tidak berpaling, atau enggan membuka mulut setelah hanya satu mulut. Namun, jika dia kelihatan tidak berminat untuk mencuba bijirin, tunggu seminggu atau lebih dan cuba lagi.
Setelah Si Manja anda terbiasa makan bijirin lembik, Mommy perlu tambahkan sedikit air atau susu.
Klik link di bawah untuk membeli food cooker secara Online..
Nak survey carseat? Masih pening2? Jemput whasapp kami di —> Klik Sini
Kami bantu mommy dan daddy memilih carseat yang sesuai untuk anak tersayang.
“Hanya yang terbaik untuk bayi tersayang”
[ SHOPPING ] [ BREAST PUMP ] [ PUMP SPARE PART ] [ ABOUT US ]